Syarikat pengurusan dan rakaman, Leo Music Empire optimis dengan menampilkan enam bakat baharu yang sekaligus mengutamakan bakat nyanyian dan personaliti berbanding paras rupa.
Pengarah Leo Music Empire, Nour Shue berpendapat, individu yang sekadar menjual rupa paras dalam dunia seni tidak boleh bertahan lama dalam industri seni sekiranya tidak mempunyai bakat dan disiplin dalam kerjayanya.
“Sekarang terlalu ramai penyanyi yang hanya mengutamakan rupa semata. Saya tidak melihat itu, apa yang penting bakat. Ya, rupa paras yang cantik atau tampan itu bonus tetapi saya mencari bakat.
“Selain itu, disiplin dan personaliti diri juga memainkan peranan penting. Ada sahaja yang boleh menyanyi, ada rupa tetapi disiplin ke laut. Tak mahu dengar nasihat dan sudah berlagak diva sebelum berjaya.
“Kita mempunyai ramai penyanyi yang baik tetapi tidak tahu ke mana ingin mengembangkan bakat. Ditambah dengan stigma tertentu, ruang dan peluang mereka kabur. Sebab itu saya berani ambil risiko,” katanya.
Nour Shue berkata demikian pada majlis pelancaran single baharu enam artis di bawah naungan syarikat rakaman dan pengurusan tersebut.
Ads
Nor Shue menambah syarikat berkenaan juga mempunyai perancangan dan strategi khusus bagi mengetengahkan barisan penyanyi di bawah pengurusannya.
“Semestinya ada perancangan untuk kami ketengahkan bakat mereka secara mainstream. Semua itu disusun berperingkat. Kami tidak mahu terlalu terburu-buru. Biar lambat tetapi impaknya ada.
“Saya tidak mahu mereka digelar artis mi segera. Dikenali dengan satu lagu, selepas itu sepi terus menghilang. Biarlah mereka terus berusaha dan kekal dengan sikap tidak mudah mengalah itu,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai pemilihan bakat baharu, Nour Shue menjelaskan enam penyanyi tersebut dipilih berdasarkan kelebihan dan keistimewaan mengikut suara serta vokal yang dipadankan dengan lagu yang sesuai.
Ads
“Mereka semua melalui sesi uji bakat dan dilatih terlebih dahulu sebelum melancarkan single pertama. Genre setiap mereka juga berbeza. Ikut kesesuaian vokal dan suara.
“Saya juga memberi kebebasan untuk mereka mengutarakan kehendak dan keinginan. Dari situ, kita akan menyuaipadan dan memilih lagu yang tepat,” katanya.
Enam artis yang ditampilkan ialah Ammar Anuaar, Arghpiez, Queen Zara, Azs Azfa, Wawa Wahida dan Kelana Akira.
Ammar Annuar meluncurkan single pertamanya berjudul Sepi pada 17 November lalu sementara Arghpiez memilih untuk memperjuangkan genre rap dan hip-hop, berjudul Setiap Malam pada 22 Disember lalu.
Sementara itu, Queen Zara tampil dengan naskhah berjudul Masihkah Ada Waktu Itu bakal meluncurkan single pada Januari depan.
Azs Azfa yang juga guru muzik pula berani mengetengahkan muzik bergenre jazz blues menerusi lagu Yang Ku Perlu.
Seterusnya, Wawa Wahida bakal memeriahkan dunia seni menerusi lagu berjudul Seperti yang akan diluncurkan pada Januari depan dan penyanyi asal Sarawak, Kelana Akira juga akan mempromosikan single berjudul Cerita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain lagu Hati ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang mencuri perhatian ramai selepas dipilih sebagai Lagu Terbaik pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pertama yang berlangsung malam tadi, persembahan Dayang Nurfaizah menerusi Sebentar turut diperkatakan.
Dalam persembahan santai seiring dengan rentak muziknya yang ‘fast’, penampilan bintang asal Sarawak ini buat kesekian kalinya di pentas separuh akhir program berkenaan tetap ditunggu-tunggu.
“Thank you for supporting #sebentar @faithfulmusicmy,” tulisnya ringkas sambil memberi kredit kepada jurufoto, Aqo Imran.
Lalu menerusi ruangan komen pada posting tersebut, para peminat dan rakan selebriti memberi reaksi baik terhadap persembahan bertenaga dari penyanyi berkenaan.
Malah, tidak kurang yang turut memuji persalinan sut senada ilham Datuk Rizalman yang dikenakan Dayang malam tadi.
Sebentar merupakan lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage dan Romeo.
Terdahulu, selain Sebentar dan Hati yang dinyanyikan Hael Husaini, lagu lain yang turut bersaing termasuk Sembah (Naim Daniel dan Iqie Hugh), Curang (Syamel dan Aepul Roza), Takkan Merubah (Farouk Roman dan Amylea) dan Canggung (Hael Husaini dan Ezra Kong).
Sementara lima buah lagi lagu yang turut membuat persembahan ialah Gundah (Ernie Zakri dan Sharon Paul), I Want You To Love Me (Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan), Kelabu (Yonnyboii), Khayal (Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin) dan Gila (Noki, Loca B dan Ezra Kong).
Pemenang Lagu Terbaik setiap episod membawa pulang baucer WOW Shop RM1,000 dan SFMM 35 menampilkan pasangan hos, Sherry Al Hadad dan Haziq.
Pertandingan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu juga turut diadakan secara normal baharu iaitu tanpa kehadiran penonton.
Episod kedua dan ketiga masing-masing bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, secara langsung di TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir 18 tahun bergelar seeorang pengarah, Azman Haji Yahya atau le Jinggo tidak menafikan segelintir selebriti disanjung tinggi meski pernah terpalit dengan isu kontroversi.
Suami kepada pelakon dan pengacara, Sheila Rusly ini turut menambah ada yang di antara mereka ini sememangnya memiliki kebolehan untuk melakonkan setiap watak yang diberikan dengan baik
Tambahnya lagi, situasi tersebut bukan lagi satu isu yang baru malah sudah pun berlaku sejak di awal pembabitannya dalam industri dunia lakonan tanah air.
“Zaman Tok Sidang dedulo, ramei gak artis artis di angkat sebab selalu terlibat dengan controversi cuma kebanyakan deme ni memang boleh berlakon bila di bagi watak,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Cindai ini berpendapat sektor industri seni yang lain mungkin turut pernah mengalami situasi yang sama, sebelum ini.
“Ohgang Peghrok kate very talented le gitu… tapi tu industri Tok Sidang le, Industri lain tak tau le…tapi rase rase nye Industri ni pon tak lame ni, kena ranjo gak ni, Ajernye Bajang deme ni…,” tulisnya lagi menerusi satu entri terkini di akaun Instagram miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
nbsp;
Foto: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya semalam.
Berita gembira itu disampaikan penyanyi berkenaan menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya. Ronnie memaklumkan, bayi lelaki comel itu telah selamat dilahirkan isteri tercinta kira-kira jam 2.00 petang semalam.
“Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar!! Alhamdullillah syukur kepada Allah… isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak ke 2 kami petang tadi… terima kasih kepada semua yg telah mendoakan…,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan itu, Instagram Ronnie turut dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.
Terdahulu, Ronnie dan pasangannya, Hafizah Yahya sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Raisya Umairah, 3 tahun. Malah difahamkan, mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan.
Foto: Instagram Ronnie Hussein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...