Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan setakat ini, dia telah menemui enam doktor pakar perubatan, namun masih gagal mengesan penyakit misteri yang dihidapinya sejak tahun lalu.
Susulan itu, Ustaz Kazim,49, menjelaskan, meski dirinya sudah menjalani pelbagai prosedur termasuk melakukan pembedahan, dia pada masa sama akan tetap meneruskan rawatan moden dan alternatif sebagai ikhtiar.
“Alhamdulillah saya masih meneruskan rawatan di hospital. Setakat ini sudah enam doktor pakar merawat saya, tapi sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti penyakit sebenar yang saya alami.
“Memang itulah jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan. Kalau diikutkan saya sudah mengikut semua prosedur mereka seperti membuat imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI), ambil darah dan sampel spesimen.
“Jadi apabila mereka mengatakan tidak ada penyakit dan tiada masalah, saya okay dan teruskan dengan rawatan alternatif dan masih meneruskan rawatan hingga kini. Bagaimanapun, dengan doktor saya tetap membuat rawatan dan masih ada pemeriksaan susulan minggu depan di Hospital Pakar Ipoh.
“Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas lain pada hal saya sudah buat semua prosedur termasuk jalani beberapa pembedahan,” katanya.
Ads
Beliau berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah, baru-baru ini.
Pada majlis sama, turut dianjurkan Forum Perdana Israk Mikraj.
Ads
Tambahnya lagi, ketika kakinya bengkak hingga terpaksa dibedah sekitar hujung tahun lalu, doktor masih tidak mengesan masalah sebenar.
“Sebab kaki dah bengkak sangat, jadi saya izinkan doktor untuk membelah (bedah) dan memeriksa keadaan saya. Bila dibelah tidak ada darah dan nanah.
“Bukti video saya ada tetapi masalahnya kalau tunjuk kepada media takut dikatakan saya cari propa (propaganda). Namun, itulah yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar.
Ads
“Malah ada juga rakaman video, di mana kaki saya dibedah tidak keluar darah walhal saya dah makan ubat cair darah dan bila luka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini,” katanya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di Facebook sekitar Oktober tahun lalu, antara lain menunjukkan perubahan fizikal ketara di bahagian wajah.
Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aishah Azman tidak mahu keluarganya turut dikaitkan dengan permasalahan yang terjadi antaranya bersama dan bekas tunang, Syafie Naswip.
Malah ujar Aishah, apa yang berlaku sebelumnya hanya di antara mereka berdua dan keluarga tiada kena-mengena.
“Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dengan perkara ini. Semua yang terjadi antara saya dengan dia sahaja, tak ada kena mengena dengan keluarga saya.
“Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya terjadi,” jelas Aishah.
Terdahulu, bintang muda ini ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara, pada Rabu.
Tidak mahu melihat ke belakang, Aishah kini optimis untuk hanya beri fokus kepada kerjaya selepas terpalit dengan kisah sensasi melibatkan dirinya, bulan lalu.
“Selepas berdepan dengan segala perkara ini, saya lebih selesa untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya mahu fokus kepada bidang hiburan, ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibuk seperti sediakala,” katanya lagi.
Bagaimanapun, temu bual bersama Aishah terhenti selepas tangannya ditarik si abang, pelakon Afiq Muiz yang turut berada di sisi Aishah ketika sesi berlangsung.
Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas didakwa telah mengasari bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya agar memutuskan hubungan songsang bersama kenalan, 26 Jun lalu.
Lalu serentak dengan laporan tersebut, netizen mulai membuat spekulasi dengan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan memandangkan pelakon filem Mukhsin itu baru saja putus tunang dengan Aishah.
Sekadar imbasan, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk putus.
Foto: Instagram Aishah Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi kalian yang sudah menonton drama berjudul Mingki, sudah pasti berasa sedih apabila menyaksikan jalan cerita drama ini yang penuh dengan mesej dan nasihat.
Disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, Mingki mengisahkan perihal seorang warga emas iaitu Nek Mah yang dilakonkan Fauziah Nawi.
Nek Mah digambarkan sebagai seorang penyayang dan memilik seekor kucing peliharaan bernama Mingki.
Di pertengahan jalan cerita, drama ini menceritakan perihal anak-anak Nek Mah yang jarang menziarahnya di kampung.
Rata-rata penonton memberi reaksi positif mengenai drama terbabit.
Malah, ada juga yang berasa sedih apabila menonton keberkesanan watak Nek Mah ditangan ibu Fauziah Nawi.
Drama Mingki juga turut dibintangi pelakon hebat seperti Zamarul Hisham, Faradhiya, Norlia Ghani dan ramai lagi.
Video: Youtube TV3Malaysia, Instagram TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Karl Shafek ada berkongsi perihal jari telunjuk kiri bapanya yang bakal dipotong akibat tisu mati selepas mengalami luka yang tidak dirawat.
Perkongsian tersebut dikongsikan Shafek menerusi Instagram posting terbaru.
“Sebelum masuk dewan bedah dia suruh amik gambar dia dulu. Dia nak “Haaaiiii” dulu kat semua. Jap lagi jari telunjuk kiri dia tu akan kena kerat dah,” tulisnya.
Lalu, Shafek turut berkongsi situasi sebenar yang berlaku.
“Cerita dia macam ni: Sabtu lepas dia kupas kelapa guna parang.. sebab dia nak minum air kelapa muda. Nak dijadikan cerita dia tertetak jari dia tu. Tapi dia rilek je senyap-senyap tak bagitau sesiapa.
“Sebab masa tu tak ada orang kat rumah. Bila mak balik, dia tanya kenapa jari berbalut Abah jawab luka sikit je. yang bestnya, dia cuma balut dengan tisu tebal-tebal, lepas tu ikat dengan getah.
“Padahal dah nak putus dah sekali dengan tulang pun dah berpisah. Malam semalam bila jari dia masih bleeding tak berhenti baru dia mintak bawak pegi hospital. Baru la semua tau betapa teruknya jari dia tu.
“Tapi dah terlambat, doktor memang tak boleh sambung jari tu sebab sel-sel semua dah mati. Jadi abah redha la. Dia siap gelak-gelak je sembang ngan doctor tadi.
“But the question is… macam mana dia boleh tahan sakit dari pagi sabtu sampai ahad malam? Abah memang kurang suka makan ubat. Lagi-lagi pain killer. Tak baik untuk kidney katanya,” tulis Shafek panjang lebar.