“Ada Juga Yang Ajak Keluar Meski Mereka Tahu Sudah Beristeri,” – Kerap Kongsi Foto Seksi, Scha Ellinia Akui Tiap Minggu Terima Teks Tak Senonoh!

Share

Pelakon Scha Elinnea tidak menafikan dirinya ada menerima mesej dan foto berbaur lucah daripada golongan lelaki, termasuk yang sudah mempunyai isteri.

Pemilik nama lengkap Natasha Mohamed Mubeen, bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing soal tersebut selagi tidak mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya.

Cuma, bintang muda berusia 21 tahun ini mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati khasnya ketika berada di luar.

“Tidak dinafikan saya kerap dapat gangguan. Boleh katakan setiap minggu saya dapat gambar lucah di Instagram.

“Ada mesej yang diterima daripada kalangan mereka yang sudah berkahwin, selain orang bujang.

“Ada juga yang ajak saya keluar meski mereka tahu sudah beristeri,” akuinya.

Scha pada masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman berdepan kritikan melampau.

“Setakat ini, tidaklah terima kecaman yang teruk, cuma pernahlah ada yang kata kalau kena rogol ni, sia-sia sahaja.

“Bila saya tengok mesej macam itu saya akan lebih berhati-hati bila keluar. Saya akan keluar bersama teman yang membuatkan situasi akan jadi lebih selamat,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Scha ditemui di sidang media memperkenalkan barisan artis di bawah pengurusan Absolut Management di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Scha turut menegaskan pakaian seksi bukan menjadi punca utama kes rogol yang berleluasa, namun ia berlaku disebabkan masalah nafsu dan mental.

“Sejujurnya saya tak rasa seksi itu mendorong ke arah kes rogol.

“Ia atas individu itu, misalnya kalau pemikiran, nafsu yang tidak boleh dikawal…Malah ada juga kes rogol ini melibatkan wanita yang menutup aurat.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya, ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing,” ujarnya.

 

Published by
Rafiq Mazlan