Baru sahaja pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, pelakon Shakilla Khoriri menjelaskan sebab utama dia bercuti ke destinasi berkenaan selepas diselar tidak peka akan keadaan anaknya.

Semuanya jadi isu gara-gara anaknya dikatakan terpaksa berpanas dan kepenatan.

Tegasnya, percutian ini merupakan perancangan akhir waktu bersama teman-teman dan dia sebagai ibu tidak boleh berjauhan dengan anak.

Ramai yang DM dan ada perasan juga comment yang tanya kenapa PILIH Bangkok, Thailand untuk bercuti dengan @ameenasofia_.

“Ada juga yang BODOHkan aku kat DM sebab jadi seorang IBU tak prihatin pasal anak konon anak Penat, Panas and bla..bla.. adeh.

IKLAN

“Takde SEBAB pun sebab planing last minute dengan kawan2.

“Bercuti dengan kawan2 bukan untuk Ameena. Ameena tu harta wajib aku dengan Fizi bawa. Tiada sebab nak tinggal sebab bukan urusan kerja.

IKLAN

“So SETTLE sila jangan tanya,” tulisnya.

Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali juga menjelaskan lawatan ke kuil hanyalah semata-mata untuk menikmati hasil karya seni bina, tiada maksud lain.

IKLAN

“Yess belakang tu Tample. Tempat orang bukan Islam. Tak salah pun bawa baby sebab niat kau nak tengok.

“And tak bawa masuk dalam pun. Hanya diluar sekadar menikmati kecantikan seni tample ni je. Nothing more! Kalau nak bodohkan juga, Silakan,” maklumnya.

#• . Ramai yang DM dan ada perasan juga comment yang tanya kenapa PILIH Bangkok, Thailand untuk bercuti dengan @ameenasofia_ . Ada juga yang BODOHkan aku kat DM sebab jadi seorang IBU tak prihatin pasal anak konon anak Penat, Panas and bla..bla.. adeh . . Takde SEBAB pun sebab planing last minute dengan kawan2. Bercuti dengan kawan2 bukan untuk Ameena. Ameena tu harta wajib aku dengan Fizi bawa. Tiada sebab nak tinggal sebab bukan urusan kerja. So SETTLE sila jangan tanya . . Yess belakang tu Tample. Tempat orang bukan Islam. Tak salah pun bawa baby sebab niat kau nak tengok. And tak bawa masuk dalam pun. Hanya diluar sekadar menikmati kecantikan seni tample ni je. Nothing more ! Kalau nak bodohkan juga, Silakan.

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on Nov 20, 2019 at 7:34pm PST

Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung 14 Mac lalu.

Foto : Instagram Shakilla Khoriri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI