
Merakam foto sambil melakukan aksi segitiga menggunakan tangan, pelakon Mimi Lana dipersoal sama ada dia sebahagian daripada agenda Iluminati.
Foto dengan kapsyen “Keep on dreaming . I’m reaching”, foto yang dikongsi mendapat lebih 30,000 tanda suka dan lebih 200 komen netizen yang rata-rata memberikan reaksi yang sama setakat ini.
View this post on InstagramKeep on dreaming . I’m reaching 🤙🏼
A post shared by MIMS (@missmimilana) on
Lucu dengan respon netizen, kata Mimi, mungkin sebahagian mereka terpengaruh dengan laman Youtube.
“Apooo ! Banyak sangat tengok YouTube la ni,” balas Mimi.
Kadang kala sekeping gambar boleh membawa pelbagai makna dan sering disalah erti.
Dalam perkembangan lain, bintang tinggi lampai ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Pusaka di samping Syafiq Kyle.
Foto : Instagram Mimi Lana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lari Bidang Lepas Raih Ijazah Mechanical Engineering, Mierul Aiman Fokus Jadi Anak Seni

Selepas berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (kepujian) di Universiti Selangor (UNISEL), pelakon meningkat naik, Mierul Aiman kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk bergelar anak seni.
Menurut Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, sepanjang lima tahun di universiti, dia sudah pun menjalankan amanah ibu bapanya itu sebaik mungkin.
“Buat masa sekarang, sepenuh hati saya hanyalah untuk bergelar anak seni. Saya sudah bertungkus lumus selama lima tahun di universiti untuk mendapatkan segulung ijazah.
“Saya tahu bagaimana prosesnya dan ia sangat susah. Bila saya sudah lalui fasa itu, saya sudah buktikan kepada mama dan abah yang saya berjaya menamatkan pengajian tanpa gagal,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Projek: High Council itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen ‘Bulan Bintang Terrrpaling Raya 2024’ baru-baru ini.
Pada masa sama, Mierul turut menzahirkan rasa syukur apabila segala penat lelah dan usaha untuk bergelar anak seni kini telah membuahkan hasil.
“Sekarang, saya mahu mecari perkara yang mampu memuaskan diri saya pula iaitu dunia lakonan. Ketika menyertai Hero Remaja 2021, saya tertanya-tanya adakah saya mampu menembusi bidang ini.
“Mampukah saya meraih kepercayaan daripada para pemain industri seperti penerbit, pihak produksi, pengarah rakan lakon dan penonton.
“Namun alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya. Pengarah dan pihak produksi telah meletakkan kepercayaan untuk saya menaikkan nama industri,” ulasnya lagi.
Sementara itu, juara Hero Remaja 2021 itu akui berbesar hati untuk menjadi duta bagi jenama baju raya terkenal, Bulan Bintang.
Katanya lagi, komited yang ditunjukkan oleh jenama ini sangat dekat dengan jiwanya.
“Saya mula bekerja dengan Bulan Bintang pada tahun 2023. Ketika itu, saya hanyalah sebagai salah seorang wajah yang menggayakan produk ini.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT tahun ini saya mendapat kepercayaan yang besar untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta.
“Saya percaya jenama ini mempunyai identiti yang sangat dekat dengan jiwa saya. Ini merupakan salah satu impian untuk bekerja dengan jenama yang terkenal dan disegani di negara ini,” katanya.
Terdahulu, Mierul telah pun diperkenal sebagai duta bagi kempen Hari Raya 2024 bagi produk kurta.
Selain Mierul, beberapa selebriti ternama turut terpilih menjadi duta seperti Shukri Yahaya, Remy Ishak, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Markah Ialah Satu Bonus…,” – Syukur Dapat Mara Minggu Ketiga, Aliff Aziz Akui ‘Kasihnya Laila’ 360 Darjah Berbeza Dari Apa Yang Pernah Dibawa

Penyanyi yang kini bersaing di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz akui gembira selepas berjaya meneruskan saingan di program berkenaan minggu hadapan.
Menurut Aliff, dia percaya semua bintang yang bertanding sudah melakukan yang terbaik dan kejayaan yang diraihnya semalam adalah rezeki.
Dihoskan Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
“Semua sudah buat yang terbaik, mungkin rezeki saya pada malam ini. Apa pun saya rasa gembira untuk mara dan buat persembahan pada konsert seterusnya,” katanya.
Ditanya harapan tinggi peminat selepas berjaya meraih markah tertinggi untuk dua minggu berturut-turut, penyanyi lagu Sayang-Sayang ini menyifatkan ia sebagai pemangkin semangat.
“Saya rasa bila orang nak melihat kita buat yang terbaik adalah satu cabaran yang bagus sebab ia beri kita semangat untuk mahu terus memberikan yang lebih lagi. Yang penting kita suka dengan apa yang dilakukan dan jangan pernah letih untuk usaha.
“Dapat mara ke peringkat seterusnya pun saya bersyukur. Alhamdulillah markah yang diterima ialah satu bonus yang membuatkan saya untuk buat yang lebih baik selepas ini, insya-Allah,” katanya.
Aliff bakal membuat persembahan menerusi lagu Kasihnya Laila yang dipopularkan oleh Jinbara, minggu depan.
“Genre yang 360 darjah berbeza dengan apa yang pernah saya bawakan sebelum ini. Tapi inilah yang seronoknya menerusi GV.
“Kita perlu melakukan persembahan di luar zon selesa demi belajar sesuatu yang baru. Kalau kita nak nyanyi lagu kita saja susah juga,” katanya lagi.
GV musim ini menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Azrul Rafie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tercapai Hajat Mak Ke Sana,” – Abam Bawa Ibu Ke Tanah Suci, Janji Mereka Tersenyum…

Pelawak Abam Bocey meluahkan rasa gembira dan syukur apabila dapat menunaikan hajat si ibu mengerjakan ibadah umrah.
Lalu, Abam turut berkongsi momen indah di tanah suci bersama keluarga tersayang itu menerusi akaun Instagram.
“Yang tinggal dijaga… Yg pergi di doakan… Alhamdulillah tercapai hajat mak kesana… Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramA post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on
View this post on InstagramA post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on
Di ruangan komen pula, rata-rata peminat turut bahagia melihat posting tersebut selain ramai yang memuji cara Abam di dalam menghargai ibunya.
Foto: Abam Bocey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI