Penyanyi, Marsha Milan merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lapan tahun berkahwin.

Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, dia kini sedang membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal sebelum memutuskan untuk membuat keputusan besar tersebut.

“Ada Kata Proses Ini Menyakitkan, Saya Seram,” – Rancang Buat IVF Tahun Ini, Marsha Syukur Suami Tak Mendesak

“Sebelum ini, setiap tahun saya akan bagitahu nak buat IVF tapi mungkin saya belum bersedia sepenuhnya.

“Namun, saya sudah berbincang dengan suami dan kami mungkin akan cuba pada tahun ini. Kalau tak bersedia juga, kita tangguh lagi,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, penyanyi lagu Kembali Terang ini juga memaklumkan dirinya kini giat mencari tahu dengan lebih mendalam tentang rawatan IVF ini.

“Ada Kata Proses Ini Menyakitkan, Saya Seram,” – Rancang Buat IVF Tahun Ini, Marsha Syukur Suami Tak Mendesak

Ads

“Saya sedang mempersiapkan diri untuk bersedia dan pada masa sama, saya sedang mendalami ilmu IVF. Ramai yang kata perjalanan IVF ini bukan senang.

“Saya juga ada bertanya kepada beberapa kawan yang ada pengalaman. Malah, salah seorang kawan saya ketika ini sedang menjalani rawatan IVF.

“Jadi, saya ada bertanya dan dia juga berkongsi pengalaman. Dia juga masih di fasa awal dan saya nak cari tahu tentang prosedurnya.

“Ada yang kata proses ini menyakitkan dan saya juga rasa sedikit seram. Jadi, saya perlu sedikit waktu untuk bersedia,” ujarnya lagi.

Ads

Katanya lagi, pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani prosedur tersebut termasuklah perancangan kerjaya seninya.

“Ada Kata Proses Ini Menyakitkan, Saya Seram,” – Rancang Buat IVF Tahun Ini, Marsha Syukur Suami Tak Mendesak

“Memang betul. Sebab itu ada banyak aspek yang menyebabkan saya menangguhkan proses IVF. In Sha Allah, kalau tiada halangan, mungkin pada hujung tahun ini,” ulasnya lagi.

Ads

Sementara itu, Marsha juga bersyukur kerana dikurnia suami dan keluarga yang sangat memahami serta menyokong usahanya untuk mendapatkan zuriat.

“Suami saya juga sangat terbuka dalam soal IVF ini. Malah, dia pun tak tedesak untuk ada zuriat. Kadang kala, saya pula yang beriya ajak berbincang.

“Suami pula yang tenang. Katanya, ada rezeki, adalah nanti. Ibu mentua pun ada juga bertanya pada awal tahun lepas. Selepas itu, dia tak tanya lagi dah,” akhirinya.

“Ada Kata Proses Ini Menyakitkan, Saya Seram,” – Rancang Buat IVF Tahun Ini, Marsha Syukur Suami Tak Mendesak

Sekadar informasi, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI