Aktres Fasha Sandha ada berkongsi sepotong video menaiki motosikal bersama tunang, aktor Aidil Aziz semata-mata mahu mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas bagi menyaksikan perlawanaan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam, baru-baru ini.

“Demi Malaysia ku Tercinta. Tak sempat nak bersiap melawa, tak apa, asalkan tak lambat. Merempit with Encik Tunang ke Stadium. Video ni sebelum sampai ke stadium tadi,” tulisnya sehari lalu menerusi Instagram.

Fasha ketika dihubungi MH mengakui rasa terkejut kerana video yang dimuat naik mendapat reaksi positif ramai.

“Saya terkejut kerana ramai yang likes dan memberi respon positif apabila saya memuat naik video saya ke stadium dengan bermotosikal untuk mengelakkan daripada lambat dan kesesakan lalu lintas di stadium.

Ads

“Sebenarnya saya mmg sering bermotosikal sebelum ini. Adakalanya saya bermotosikal ke pasar malam dan juga untuk hantar anak2 saya ke sekolah sebelum ini,” katanya yang turut mengkui hidup bersederhana itu indah.

Tidak menafikan itu merupakan kali pertama pelakon Teratai Kemboja ini membonceng bersama tunangnya, Fasha turut memberitahu dia menaiki motorsikal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ads

“Ya itu merupakan kali pertama saya menaiki motor dengan encik tunang, kami menaiki motor untuk mengelakkan kesesakan kerana kebetulan pada hari tersebut, saya shooting, dia juga ada penggambaran. Habis pengambaran sekitar jam 7.30, jadi kami terus memilih untuk menaiki motorsikal.

“Video yang dimuat naik itu mendapat view 1 juta dalam 24 jam dan mendapat likes 150k menandakan pengikut suka melihat saya dan aidil bermotosikal ke stadium,” akhiri Fasha.

Ads

Foto: Instagram Fasha Sandha

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI