Berita

“Ada Ketika Dia Telefon Anak-Anak, Kata Lonely,” – Erysha Emyra Terbuka Jika Ibu Datin Seri Noniswara Jumpa Jodoh Baharu

Share

Pelakon baharu Erysha Emyra, tidak menolak sekiranya ibunya yang juga pelakon iaitu pelakon Datin Seri Noniswara menerima lamaran baharu dalam perkahwinan.

Erysha Emyra atau nama sebenarnya Nur Emyra Erysha Zakaria, 25, bagaimanapun berkata sebagai anak, dia ingin mengenali hati budi calon suami ibunya terlebih dahulu.

Percaya bahawa jodoh adalah ketentuan takdir dan dia sedia merestui lamaran kepadanya ibunya selagi calon tersebut menunjukkan kesungguhan serta diterima baik keluarga.

“Sudah tentu (izin berkahwin), sebab siapa kita dalam dunia ini untuk menolak jodoh. Kalau betul ada jodoh, ada orang datang melamar dan nak jaga dia, siapa kita untuk menolak?

“Cuma anak-anak nak kenal dulu, dia (ibu) kena bawa jumpa kita dan duduk berbincang sama-sama. Kalau kami rasa okay, saya terbuka,” kata Erysha kepada MH.

Pemenang Anugerah Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 36 berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Drama Terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur,  pada Selasa.

Dalam pada itu, Erysha mengakui tidak menyedari perkongsian ibunya mengenai lamaran tersebut, namun dia berpendapat hati ibunya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.

Namun Erysha memahami kesunyian yang dirasai ibunya sejak pemergian suami, Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad, setahun yang lalu.

“Sebenarnya Erysha tidak perasan pun perkongsian itu. Sebenarnya saya tak mahu komen banyak, tapi dia mungkin kadang-kadang masih bersedih. Ada ketika dia telefon anak-anak, kata lonely.

“Dari dulu memang dia banyak luangkan masa bersama dengan suaminya. Jadi sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan keluar bersama anak-anak dan kawan.

“Kadang-kadang buat kerja dekat rumah,” katanya yang turut mendedahkan ibunya kini sedang melalui proses penyesuaian diri dengan kehidupan baru selepas menjadi balu.

Meskipun ibunya pernah melalui perceraian sebelum ini, namun kehilangan suami akibat kematian memberi pengalaman yang berbeza.

“Sebenarnya ada baru baru ini (berkongsi cerita), dia bagitahu saya macam mana perasaan dia sekarang. Saya rasa sekarang makin lama, dia sudah okay dan adapt dengan kehidupan baharu.

“Kita tahu dia pernah bercerai, tapi kali ini kali pertama dia kehilangan suami disebabkan kematian. Jadi benda itu berbeza untuk dia. Perasaan itu berbeza. Jadi saya rasa dia sedang melalui fasa yang berbeza sekarang,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Noniswara menjelaskan setakat ini dia belum terbuka hati untuk berkahwin semula walaupun menerima  lamaran daripada lelaki.

Cuma Noniswara tidak mahu bercakap takbur kerana bimbang satu hari nanti hatinya terbuka untuk berkahwin lagi.

Pada 1 Oktober tahun lalu, suaminya, iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat strok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Irfan Kamaruddin