Sempena Hari Raya, ZUS Coffee mengajak orang ramai untuk mencipta momen istimewa melalui kempen Sembang-Sembang dengan ZUS.
Kempen ini menggalakkan perbualan santai bersama secawan kopi, sebuah lagu, dan sesi sembang mesra di setiap kesempatan sepanjang perayaan.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, lagu Cerita Malam Raya dilancarkan hasil kolaborasi antara ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski, dan Zeppo Youngsterz Crew.
Lagu Cerita Malam Raya membawa elemen unik dengan menggabungkan suasana ceria Hari Raya dan unsur lawak seram. Kisahnya berkisar tentang sebuah keluarga yang berkumpul pada malam Raya dan mengalami kejadian yang mendebarkan tetapi menghiburkan.
Kemeriahan Syawal Sebenar
Menurut Pengarah Kreatif ZUS Coffee, Shafiqah Othman, projek ini mengingatkan mereka tentang kemeriahan sebenar yang tercipta apabila semua orang mengetepikan telefon bimbit dan benar-benar bersembang antara satu sama lain.
Ads
“Cerita Malam Raya menjadi projek yang mengingatkan kami tentang kemeriahan yang tercipta apabila kami mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain.
“Kerjasama seperti inilah yang mengingatkan kami tentang mengapa kami sangat menghargai bekerja dengan bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko Films, dan Zeppo Youngsterz Crew.
“Ini kerana bila kami bekerjasama, ia mencetuskan idea yang bergema dengan masyarakat,” katanya.
Ads
Muzik video Cerita Malam Raya boleh ditonton di saluran rasmi ZUS Coffee sejak 7 Mac lalu, jam 9 malam.
Istimewa Sempena Ramadan & Raya
Bersempena kempen ini, jenama tersebut turut memperkenalkan pelbagai tawaran menarik sepanjang Ramadan dan Raya, termasuk diskaun bagi Bottled Necessity 1L untuk Iftar.
Ads
Turut dilancarkan termasuk Siri Jagung yang merangkumi Sampul Raya, Sticker Raya, Sembang Raya Keychains, dan ZUS Raya Card Game, direka khas untuk mencetuskan perbualan bermakna semasa perhimpunan perayaan.
Selain itu, Cabaran Tarian Cerita Malam Raya juga diperkenalkan, di mana pelanggan berpeluang memenangi kopi percuma selama setahun dengan mempamerkan tarian terbaik mereka menggunakan lagu Cerita Malam Raya.
Dengan inisiatif ini, ZUS Coffee terus memperkukuhkan peranannya dalam mencipta pengalaman yang bukan sahaja memanjakan selera, tetapi juga menyatukan hubungan sesama insan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan akrab yang terjalin di antara pelakon Azah Aziz dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera sememangnya diketahui ramai.
Menyambut kedatangan Syawal di Kuala Lumpur tahun ini, Azah sempat meluangkan masa berkunjung ke kediaman Shiera bersama suami, Daud LeRoy dan anak sulungnya, Aaron.
Dua lagi anak Azah iaitu Ryan dan Justin tidak dapat ikut serta pada percutian kali ini kerana terikat dengan komitmen sekolah serta bercuti bersama kawan-kawan yang lain.
Selain Azah, rumah Shiera turut ‘diserbu’ ramai rakan selebriti lain antaranya Shuib Sepahtu, Mark Adam, Joey Daud, Watie Elite, Rusdi Ramli dan Farah Ahmad.
Untuk info, Azah kini menetap di Kanada bersama keluarganya.
Hubungan rapat terjalin di antara Azah dan Shiera bermula sejak kedua-duanya membintangi drama popular era 90-an berjudul Mat Despatch.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengatakan mungkin ada perselisihan faham yang terjadi antara rakan pelakon Janna Nick dan Sheila Rusly.
Bagaimanapun, bintang berusia 27 tahun ini menjelaskan di tidak tahu apakah sebenarnya yang terjadi di antara pelakon dan pengarah terkenal itu.
Ayda berkata demikian selepas ditanya media mengenai apakah pandangannya terhadap krisis yang dikatakan berlaku di antara kedua-dua teraju utama drama bersiri, Leftanan Zana itu.
“Mungkin ada perselisihan faham yang berlaku. Kita pun tidak tahu. Bagi saya, harap mereka akan kembali seperti dulu kalau benar seperti yang diperkatakan media sosial,” katanya.
Leftenan Zana yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menggunakan lagu Mata nyanyian Ayda sebagai lagu latar.
Diajukan sama ada dia mengambil berat terhadap perkara tersebut, penyanyi lagu Temberang itu menegaskan, dia mengambil pendirian untuk tidak masuk campur.
“Tak perlulah. Lebih baik saya berdiam diri. Bagi saya contohnya kalau ada yang mahu bersembang mengenainya lebih baik saya ambil langkah untuk tidak mendengar,” jelas Ayda ketika ditemui di majlis pelancaran jenama kosmetik, Anas di Kuala Lumpur, awal malam tadi.
Dilantik sebagai antara wajah wakilan produk berkenaan, Ayda turut merakamkan rasa teruja dan gembira memandangkan jenama tersebut merupakan hasil usaha rakan baik yang dikenali lebih lapan tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Ayda atau nama penuhnya, Nur Suhada Jebat bakal melancarkan single terkininya, dalam tempoh terdekat.
“Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan saya bersama komposer indonesia, Irwan Simanjuntak. Sebuah lagu balada yang harapnya, ia juga bakal mendapat maklum balas yang baik sebagaimana lagu-lagu nyanyian saya yang lain.
“Malah, saya juga dalam proses dalam menyiapkan album penuh yang bakal mengandungi 10 buah lagu,” akhiri Ayda.
Foto: Instagram Ayda Jebat, carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Raja Ilya menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun baru-baru ini sebagai hadiah paling bermakna apabila selamat melahirkan anak pertamanya, Talita lebih dua minggu lalu.
Menurut Ilya, perasaannya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata sejurus petugas hospital dan suami, Trent Garrett memberikan anak untuk ditimang.
“A moment in time I’ll cherish forever, when my baby girl handed over to me for a first time. I had to go through a Major Caesarean section, I was fully knocked (General Anaesthetic) from 10am to 2:30pm.
“The moment start sedar balik, Trent and the nurses push in Baby Talita Love to my bed and hand over to me. OMG, the feeling was countless.
“I was like a big fat mama zombie dah time tu, but I don’t care about me masa tu. All my focus is on her my @talitalovegarret
“That’s why this birthday is sooo special for me,” tulisnya menerusi pautan video pendeknya sejurus bersalin yang dikongsikan di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen pada posting yang sudah menerima lebih 21,000 tanda suka itu, rata-rata mengucapkan rasa syukur dan mendoakan yang baik-baik buat Ilya sekeluarga.
Untuk info, Ilya dan suami yang kini menetap di Australia mendirikan rumah tangga pada Disember 2018.
Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.