Pelakon dan usahawan, Putra Amaris tidak menafikan dia senang untuk tidak lokek berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim, tahfiz dan asnaf sebagai antara rutin wajib yang dilakukannya.
Putra Amaris, 37, atau nama sebenarnya Amran Ismail juga percaya, ia menjadi antara sebab dia dimurahkan rezeki oleh Allah SWT sama ada dalam kerjaya dan bisnes yang dijalankan.
“Rahsia saya adalah bersyukur dengan apa yang berikan dan itulah apa yang saya beritahu pada diri sendiri. Bersyukur kalau Allah beri banyak dan bersyukur juga kalau dapat sikit sebab itu semua ujian. Dalam masa sama saya bantu orang lain juga dengan berkongsi rezeki.
“Alhamdulillah, mungkin disebabkan saya selalu berkongsi rezeki menjadi punca rezeki saya dimurahkan. Walaupun saya tidaklah kaya tapi saya yakin apa yang Allah beri sekarang ini, saya nak berkongsi dengan orang lain juga.
“Bila saya buat apa pun saya akan teringatmereka. Bukan saya saja tapi semua pasukan saya bergerak membantu ramai orang khususnya untuk berkongsi rezeki. Walaupun bukan dalam bentuk duit tapi kita tetap berkongsi makanan.
“Kalau saya ada masa bersama ‘team’, kami akan sama-sama menyantuni rumah anak-anak yatim dan saya suapkan mereka. Saya cubalah buat begitu… Bukan sebab nak rezeki masuk atau nak duit masuk banyak, tapi saya dapat rasakan ketenangan itu yang luar biasa,” katanya kepada MH.
Terdahulu Amaris ditemui pada sesi Meet & Greet Bersama Putra Amaris sempena pelancaran Amaris Diamond Tea, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Ads
Turut sama melancarkan produk berkenaan ialah Puan Norhaslina Mohd Pisol, Pengasasas Diamond Tea & Diamond Cosmetics di samping Muhamad Solihein Shahidan selaku CEO Diamond Cosmetics.
Amaris pada masa sama menambah, dia mengikut jejak langkah arwah bapa yang gemar berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
“Itu adalah tips daripada ahli keluarga saya juga. Carilah masa untuk jenguk mereka. Kalau ada kesempatan bagi minum, suapkan mereka. Itu yang saya lihat juga dalam kalangan ahli karporat yang menjadi inspirasi saya yang yang mana mereka istiqamah, berterusan buat benda itu. MasyaAllah.
“Arwah ayah saya selalu buat perkara itu dan saya cuba nak teruskan bersama pasukan Dapur Pasak. Persekitaran saya juga Allah hadirkan orang-orang hebat. Semua pasukan saya ini bukan dari Kuala Lumpur tapi dari utara, selatan, timur dan berkampung seminggu bukan hanya untuk berbisnes semata, tapi untuk komited buat program infak,” katanya lagi.
Ads
Dalam masa sama, Amaris turut terbabit dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dapur Pasak bagi menjayakan projek Peti Sejuk bagi memenuhkan keperluan harian golongan kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.
Mengenai Amaris Diamond Tea, kerjasama itu dibuat bersama pihak Diamond Cosmetics yang menghasilkan minuman kesihatan selain hasil jualan bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah bila Alla beri rezeki bersama jenama yang saya wakili, pasti ada manfaatnya. Misalnya bersama Diamond Tea ini, saya makan secara tak teratur tambahan lagi kita pada itu melalui fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sehingga pada satu tahap, berat badan bertambah sekitar 10 kilogram begitu.
Ads
“Kemudian saya cubalah untuk bersenam, diet dan sebagainya sehinggalah saya dipelawa untuk mencuba produk ini. Saya cuba terlebih dulu dan alhamdulillah kini saya rasa badan lebih ringan, rasa selesa dan kalau rasa nak demam boleh juga cuba untuk minum, dengan izinNya.
“Saya cuba tiga bulan dan sekarang saya yakin untuk kongsikan mengenai kebaikannya kepada semua. Saya cuba kongsi benda yang baik. Saya bukanlah duta, cuma buat masa sekarang kami kerjasama di bawah payung Diamond Cosmetics HQ,” katanya lagi.
Isu poligami bukanlah satu perkara baharu malah ia sering dibahaskan sama ada dalam media massa mahupun di media sosial.
Terbaharu, pelakon Zarina Zainuddin berkongsi pandangannya mengenai bercinta dengan suami orang malah ibu kepada empat cahaya mata itu turut menyarankan mana-mana wanita agar tidak sesekali jatuh hati dengan lelaki yang sudah berumah tangga.
“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.
“Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya dalam sebuah video program ‘Mak Untuk Malaysia’ (MUM).
Berkongsikan pengalamannya bergelar isteri kedua, Zarina mengakui kadang-kadang dia terpaksa ‘makan hati’ kerana suaminya kurang menghabiskan masa bersamanya di rumah.
Dalam perkongsiannya itu juga, Zarina berkata bagi menjaga hati madunya, dia hanya mendedahkan mengenai statusnya sebagai isteri kedua hanya selepas usia perkahwinannya mencecah tahun ke-21.
“Makan hati berulam jantung. Bukan senang sebab suami kalau dah kahwin dengan kita, dia akan cuba untuk pujuk hati isteri pertama balik sebab dia rasa bersalah.
“Jadi kita yang akan makan hati. Saya stress tetapi perlu sabar dan kuat. Alhamdulillah segalanya menjadi baik selepas saya mengandung.
“Bahagia itu sebenarnya kita yang cipta, kita cipta kebahagiaan kita sendiri. Jangan tamak sebab tahu saya hidup bermadu maka saya perlu berkongsi.
“Saya cuba ambil hati suami, madu saya dan walaupun kadang-kadang kena perli, kita kena terima. Ada orang marah sebab ambil suami orang memanglah marah, jadi kita kena sedar diri kita sudah ambil hak orang, jangan kita pula lebih-lebih,” katanya lagi.
Zarina juga mendedahkan sebelum berkahwin dengan suaminya, dia terlebih dahulu meminta suami membawanya berjumpa dengan isteri pertama bagi mendapatkan keizinan.
“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.
“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” jelasnya.
Zarina menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya untuk meminta izin dan bertemu dengan isteri pertama.
Untuk rekod, Zarina berkahwin Datuk Seri Dr Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar istimewa, Muhammad Raizal Azrai (Azal), Muhammad Razil Azrai (Azil), Muhammad Adam Azrai dan Muhammad Naim Azrai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa tidak menafikan dia pernah terdetik untuk berhenti menyanyi pada tahun 2015 disebabkan sudah kekeringan idea untuk menghasilkan lagu baharu.
Rossa, 45, berkata, di sebabkan keputusan itu, dia juga pernah berniat untuk menjual aset miliknya seterus berhijrah ingin ke luar negara.
“Sebenarnya saya terdetik untuk berbuat perkara tersebut (jual aset dan berhenti menyanyi) kerana pada fasa tersebut, saya seperti sudah tidak tahu untuk hasilkan muzik yang bagaimanana lagi. Seolah-olah seperti sudah kehabisan idea.
“Malah, ada juga timbul perasaan macam sudah tidak relevan dengan arus muzik semasa. Sebabnya, saya rasa sudah hasilkan agak banyak juga lagu dan tak suka keluarkan lagu yang ‘berbunyi’ seperti sama.
“Sebab itu saya rasa macam nak berhenti menyanyi dan jual aset yang ada dan pindah ke luar negara untuk membawa diri,” katanya.
Rossa berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Filem All Access To Rossa 25 Shining Years diPlaza Indonesia, pada Isnin.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Pudar berkenaan juga menjelaskan dia mahu berbuat demikian kerana rasa kurang yakin untuk bersaing dengan pendatang baharu.
“Saya juga lihat semakin ramai artis dan penyanyi yang meningkat naik ketika itu dan bakat mereka semua bagus.
“Saya berfikir adakah mampu untuk bersaing dengan pendatang baharu atau tidak.
“Mungkin saya kurang percaya pada diri sendiri juga ketika itu dan fikir mahu jadi karyawan sahaja.
Imbas kembali, filem genre dokumentari itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 1 Ogos ini.
Filem yang mengisahkan tentang perjalanan karier seni Rossa sebagai penyanyi diva terunggul Indonesia itu juga bakal menerjah pawagam Malaysia pada September depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, yang dikenali sebagai Dr Erin ada berkongsi ceritanya di Instagram.
Terdahulu, dia dan Farhan difahamkan sudah pun berpisah sekitar April lalu.
Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi mengakui sering menerima soalan bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab membesarkan anak selepas bergelar ibu tunggal.
“Sekarang ramai tanya mcm mn nk bsrkan ank2 yg ramai tanpa suami dan move on dan lebih happy.. sy terbaca post2 yg menuntut sang suami ingat perit jerih isteri melahirkan bergadai nyawa utk melahirkan ank utk suami dan kaum suami plak dok suruh kaum isteri kenang kesusahan suami cr nafkah bergadai nyawa smp mcm ni nk cr nafkah utk keluarga.
“Lepas tu kaum isteri akn ckp jgn ungkit la dah itu mmg tangjwp suami cari nafkah..
“Wahai hawa bukankah melahirkan itu jg tggjwp isteri kerna mmg Allah ciptaan kita utk melahirkan seramai2 mungkin umat nabi Muhammad ke dunia ni..jika kita melihat apa sebab kita dihidupkan di dunia ni, Kita xkan ungkit itu ini.
“Kita lahirkan ank2 ni kerna suami ke kerna Allah swt? Bila x diberi zuriat kita sedih takut suami kawin lain bukan kita sedih sbb xdpt lahirkan seramai ramai umat nabi Muhammad tp bila diberi zuriat kita gunakan ank2 plak utk berbalah, tak fikir ke Allah nk kita pikul tggjwp tu kerna Allah bukan kerna suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Erin turut menasihati kaum wanita untuk sentiasa ceria meski hadapi konflik dalam rumah tangga.
Jelas Erin, perpisahan bukan satu pengakhiran dan kehidupan harus diteruskan demi tanggungjawab terhadap kepada anak.
“Bila bercerai..sebagai hawa dan ibu klu nk hidup tenang dan nk happy.. Ingat 1 perkara ja.. Allah jdkan kt kat dunia ni hanya utk diuji semata2..Baik buruk kehidupan seseorang ni ada ujian dia.
“Baik pun ujian, buruk pun ujian…kalau dikurniakan ank2 tp suami xamik tau tak pe jgn marah jgn meratap jgn menyumpah.. Besarkan je amanah Allah tu wlp payah tp yakin la rezeki ank2 tu ada.
“Ada ke tgk ibu tunggal susah lani wlp ada yg susah tp bukan smp xmkn langsung tp mungkin ada yg susah pd awal perceraian je, lps tu rezeki mencanak2..bapa tunggal yg ramai susah lani mungkin balasan pd ketidak pertanggungjawapan dia selama ni.
“Jadi jgn Sedih2 ye wahai hawa berbangga lah jika kita dipilih oleh Allah utk menjadi seorang ibu wlp tanpa suami kerna anda adalah seorang wanita yg hebat, bukan kerna anda seorang wanita yg dibuang suami or kerna kekurangan or keburukan anda.
“Pegang kuat2 Allah ada perancangan lain utk kita di ms depan dan sentiasa menjaga kita ank branak, cuma kita kena tau cara dan rajin je..jgn dok fikir ex xbagi nafkah ka apa ka..tu biar dia jwp kemudian..kita buat keje kita di dunia ni sebaik mungkin kerna janji Allah tu pasti.
“Tidak diuji seseorang diluar kemampuan dia..keep strong na syg2 ku wahai hawa..,” tulisnya panjang lebar.