Tular di laman sosial apabila Zulin Aziz memuat naik sekeping foto dirinya sedang berada di hospital kerana alami masalah kesihatan.
Lalu jelasnya menerusi posting terbaru, dia sebenarnya mempunyai masalah di bahagian ulu hati yang pada masa sama, kuman menyebabkan ulser di bahagian perut.
“Terima kasih buat semua yg mendoakan saya. Esok saya akan menjalani pembedahan.
“Mungkin ramai keliru ttg status kesihatan saya. Kalau dekat ig story saya ada share pada close friend, ada masalah di bahagian ulu hati dan kuman yg membuatkan perut jd ulser.
“Yang pada awalnya sakit perut tu disyaki batu hempedu.
“Semalam bila buat checkup, baru clear apa semua masalah. Jadi doakan semoga saya sehat semula dan selamat menjalani pembedahan tersebut,” kongsinya.
Dalam pada itu, wanita ini turut mengucapkan selamat hari lahir buatnya yang ke-30 pada hari ini.
“Orang tiup lilin,aku tiup bola ni haaaa. Happy birthday to me” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan kata-kata semangat di ruang komen dan mendoakan agar dia segera sembuh.
Foto : Instagram Zulin Aziz