Setelah bersiaran selama 28 episod, akhirnya drama siri, I Promise Janji Anaqi telah pun melabuhkan tirainya pada Khamis.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, pelakon, Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan tunjang utama bagi drama tersebut dilihat ada merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat demi menjayakan karya tersebut.
Menurut Sharnaaz, meskipun drama ini merupakan sebuah naskah yang agak berat baginya, namun, segalanya telah dipermudahkan dengan bantuan semua pihak di belakang tabir dan juga kru produksi.
Katanya lagi, sepanjang 80 hari menjalani sesi pengambaran, dia telah merasai pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakannya.
“Terima kasih buat semua team #ipromisejanjianaqi. Cerita ini susah, tapi anda (team) permudahkan sampai tak terasa penat dan perit.
“80 hari shoot yang penuh dengan gelak tawa dan perit kepayahan,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut memaklumkan dia juga amat berbesar hati sekiranya ditawarkan lebih banyak drama-drama yang berkualiti selepas ini.
“Kami dari team #ipromisejanjianaqi mengundur diri dulu ya. Ada naskah hebat yang bukan drama murahan, kami sampai. salam semua!
“Crew, production, artis and of course my Hayla @emma_maembongofficial TERIMA KASIH,” kongsinya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, Sharnaaz turut berterima kasih kepada para penonton yang telah menyokong drama tersebut daripada episod awal sehinggalah yang terakhir.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut berharap agar drama ini dapat diteruskan lagi untuk musim yang ke-2.
“Betul..drama nie power, takut nak tengok. Anaqi lagi hebat dari Jebat.
Ads
“Nak #ipromisejanjianaqi season 2.
“Drama yang paling best setakat ni. Saya bagi 10 bintang. Daripada watak utama hingga ke watak pembantu semua padu.
“Antara lokonan abang yang terbaik..tahniah abang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Selain Sharnaaz, drama arahan, Hadith Omar ini turut dibintangi oleh berisan pelakon-pelakon hebat seperti Emma Maembong, Talha Harith, Alicia Amin, Dayana Roza dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjadi topik perbualan wargamaya apabila figura terkininya yang menampakkan ‘baby bump’ kian jelas kelihatan sewaktu menghadiri majlis sebuah jenama fesyen antarbangsa terkenal, pada Rabu.
Malah menerusi beberapa foto terkini yang dikongsikan adiknya, Ameera Khan ia seolah-olah menguatkan lagi teka-teki ramai yang mendakwa bekas hos MeleTOP itu sedang hamil anak sulung berdasarkan penampilannya.
“Comey sokmo Lofa Ni. Bila preggy koho comey,” tulis seorang wargamaya.
“Berseri-seri bakal Mommy ni,” puji wargamaya lain.
“Memang Nekfa pregnant sebab dah tengok video yang jelas Neelofa dekat TikTok. Semoga dipermudahkan bersalin,” doa wargamaya.
“Makin berseri-serilah Mommy to be ni,” antara komen yang ditinggalkan.
Meski sebelum ini berita kehamilannya beberapa kali diperkatakab, namun Neelofa mengambil pendekatan untuk tidak memberikan pengesahan mengenai perkara terbabit.
Dia bagaimanapun menerusi media menjelaskan, adalah lebih disarankan untuk berkongsi perihal kelahiran berbanding kehamilan. Cuma, dia turutmemohon doa semua kerana itu yang diperlukannya pada waktu ini.
Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah akhirnya mendedahkan, dia dan suaminya sudah berpisah pada Oktober lalu.
Pelakon Istikharah Cinta itu turut menjelaskan, perpisahan yang berlaku tiada kena mengena dengan pihak ketiga.
“Mungkin sudah ditakdirkan jodoh kami tidak panjang. Tidak timbul isu orang ketiga, sebaliknya ia berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.
“Maaf, buat sementara waktu, saya belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah. Bukan ini jalan yang kami mahukan, tetapi kami tidak mampu melawan qada dan qadar.
“Kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan, bimbang nanti akan memudaratkan diri. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini jalan yang terbaik buat kami berdua,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian Online.
terdahulu, Spekulasi keretakan rumah tangga pemilik nama lengkap Nonny Nadirah Zainuddin itu mulai diperkatakan apabila dia dan bekas suaminya, Mustain Adnan memadam semua gambar serta video mereka bersama di laman sosial, Instagram.
Malah, masing-masing juga sudah tidak saling mengikuti di Instagram.
“Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Namun, saya tahu Allah sentiasa ada bersama dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.
“Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik,” jelas wanita berusia 29 tahun ini lagi.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.
Sumber: Berita Harian Online & Foto Instagram Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib memohon ramai untuk tidak memuat naik foto atau video isteri Allahyarham Isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tidak menutup aurat di media sosial.
Bapa kepada empat cahaya mata ini turut memohon jasa baik agar tidak berkongsi hal kebaikan yang pernah dilakukan arwah secara berlebih-lebihan.
“Assalammualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.
“Tapi saya ada permintaan, di mana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.
“Saya juga mohon pada yang termuat naik di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut.
“Dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan,” jelasnya.
Perkara itu dikongsikan Shuib menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Shuib pada masa sama mendedahkan, adalah lebih baik untuk berserhana dan setiap yang dilakukan.
“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang, minggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!