Meski belum pun dilancarkan secara rasmi, namun promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan aktres popular, Nora Danish mendapat kritikan netizen.
Ada netizen yang mengkritik gara-gara memilih ibu kepada dua cahaya mata itu yang ‘free hair’. Malah penampilan aktres berkenaan yang pernah didakwa pernah tampil seksi dilihat bertentangan dengan jenama kempen tudung berkenaan.
Lalu, pelbagai persoalan timbul termasuk kenapa perlu mengambil selebriti berpengaruh yang tidak berhijab untuk mempromosikan jenama tudung?
Nora tampil memberikan reaksi seterusnya mengakui sudah imun dan kebal dengan segala kecaman yang diterima.
“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya juga percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.
“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.
“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja bukan hanya kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, berpendapat, seksi itu bersifat subjektif.
Ads
“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.
“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.
“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
Pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif turut menambah, dia tidak mahu ‘larut’ dengan hal yang berbaur negatif.
“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.
Ads
“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.
“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang-kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan keputusannya memilih Nora mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.
“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan sebaliknya.
Ads
“Ada juga di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.
“Saya dimaklumkan oleh team sehinggakan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif.
“Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan Nora yang lembut dan manis raut wajahnya sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudung.
“Personaliti Nora ceria dan mudah didekati. Saya yakin boleh pengaruh ramai lagi wanita mengenali jenama kami dan sertai keluarga MINAZ Hijab. Semua maklum balas baik yg positif atau negatif kami terima dengan hati yang terbuka.
“Tapi siapa tahu suatu hari nanti, usaha ini membuka hatinya untuk bertudung dan memilih jenama ini untuk menyuntik semangat. Malah kurang satu jam ketika dibuka untuk pra tempahan 25 Oktober lalu, sebanyak 150,000 helai tudung bawal kempen membabitkannya terjual.
“Ia sekaligus buka ruang untuk bantu lebih 4,000 agen dan stokis seluruh Malaysia jana pendapatan dari rumah di era pandemik COVID-19. Kempen ini akan dilancarkan pada 8 November ini,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, figura terkenal media sosial di Malaysia juga turut memanfaatkan media sosial masing-masing dengan secara lantang Pempengaruh menyatakan soladiriti terhadap saudara di Gaza, Palestin termasuk Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina.
Menurut Hafiz, sebagai individu yang punyai kelebihan pengikut di media sosial, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyampaikan wardah dengan cara berhemah dan menyuntik kesedaran kepada orang ramai.
“Berapa jumlah followers adalah bukan untuk kita bangga-banggakan sebaliknya itu jumlah yang kita bertanggungjawab untuk sebarkan perkara baik.
“Saya jarang bersuara tentang isu semasa, tetapi apabila berkaitan Palestin, saya rasa itu tanggungjawab sebagai orang Islam untuk terus sebarkan kesedaran,” katanya.
Justeru, Hafiz dan Aina tampil dengan sebuah video berjudul Message for P yang menggunakan perantaan bahasa Arab sebagai medium untuk menyebarkan mesej lebih meluas secara global.
“Harapan saya agar mesej itu didengari dan difahami secara terus oleh saudara Islam kita di Gaza.
“Dalam video ini, tanda menghulurkan tangan sebagai simbolik soladiriri untuk mengajak semua pempengaruh dan pengguna sosial media untuk bersama-sama menyambut perjuangan ini,” jelasnya.
Video berkenaan sudah pun menerima lebih 80,000 tanda suka disusuli dengan pelbagai komen positif yang meniup semangat.
Hafiz yang juga pengasas Ainaa Beauty baru sahaja selesai menghasilkan 10 siri kisah transformasi pengguna Ainaa Beauty menyedari akan tanggungjawab sebagai influencer dan usahawan untuk menyebarkan kesedaran solidariti palestin kepada seluruh dunia.
Seramai 70 orang yang terlibat dalam penghasilan video tersebut yang terdiri daripada kakitangan dan usahawan Ainaa Beauty. Perancangan video solidariti ini juga mengambil masa kurang daripada tiga hari.
Dalam pada itu, Hafiz turut mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh dan selebriti yang menikus dengan tidak menyatakan soladiriti terhadap Palestin di media sosial.
“Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk membantu saudara kita disana. Ada yang hanya berdoa, ada yang beri sumbangan dan ada yang gunakan pengaruh media sosial untuk memberikan kesedaran.
“Saya tahu, bila bercakap soal Palestin ia sedikit sebanyak memberi kesan pada sistem algoritihm media sosial kita dan berisiko di-banned. Tapi saya percaya, banyak alternatif lain yang kita berjaya buat untuk terus sebarkan kesedaran ini.
“Contoh, dalam video saya. Saya namakan ia “Message for P”. Tidak menggunakan nama Palestin sebab video itu mungkin disekat & mesej yang kita nak sampaikan tu gagal,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sementara itu, menerusi Insta Storiesnya, Ammar memuji semangat isterinya, Nelissa sepanjang tempoh hamil hingga selamat melahirkan anak.
“Wanita paling kuat yang saya pernah kenali. Kamu telah melakukan bahagian kamu sehabis baik dan sekarang tiba giliran saya. Saya cintakan kamu berdua,” tambah Ammar.
Terdahulu, Nelissa selamat melahirkan Kyro pada 31 Julai lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Baru-baru ini, pelakon Risteena ada memuat naik beberapa keping foto majlis perkahwinan di laman akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, adik kepada Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim, Ruhainies mendapat perhatian netizen gara-gara bahagian perut yang dilihat buncit.