Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil memberikan reaksi berhubung pandangan segelintik pihak yang mendakwa raut wajahnya kelihatan seperti transgender.
Menurut Zarina, dia ‘okay’ dengan keadaan wajahnya, apatah lagi ia memberi rezeki dalam kerjayanya ketika ini.
“Ada orang cakap muka saya macam pondan. Bro, kalau muka ni macam pondan, dapat banyak job dan dapat banyak laki tabur duit kat aku.
“Aku lagi nak settle for muka pondan ni dari muka basic kau,” luah pelakon filem Zim Zim Ala Kazim itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.
Malah jelasnya lagi, dia sekarang sedang bahagia dengan kehidupan sendiri ketika ini.
“Teruskan sengsara dengan hidup anda kerana saya sedang menikmati hidup saya.
“Jangan hina pondan. Mereka juga manusia. Percayalah cakap saya, pondan lagi buat duit dari normal girls ya,” akhirinya.
Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima hampir 8,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini