Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin memberitahu ada menerima ‘direct message’ (DM) daripada pengguna media sosial menerusi Instagram miliknya.
Kongsinya, ada segelintir wanita yang rela hati menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya selepas bintang itu disahkan mengalami keguguran minggu lalu.
Terdahulu, usia perkahwinan Elizad sudah mencecah usia 5 tahun namun masih belum ada rezeki cahaya mata.
“Salam Jumaat yg barakah kesayangan semua. Hari ni nak sedekah senyuman . Al maklum la terima DM, ada pulak “wanita yg berhati mulia “ offer diri nak jadi “ MADU “.
“Katanya setelah terdengar hakak keguguran. NAK REPLY APA EH?!,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa hashtag.
Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Sebelum ini, bintang drama bersiri Syurga Yang Kedua ini telah menjalani rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata bersama.
Foto: Instagram Elizad Sharifuddin