“Ada Rasa Marah, Menangis Bila Berita Kesucian Masjidil Haram Dipemainkan, Tapi…,”-Diana Amir

Share

Pelakon dan pengacara, Diana Amir kesal dengan tindakan seorang usahawan kontroversi yang didakwa bertelekung selain dilihat memasuki tempat solat wanita.

Diana yang baru sahaja pulang ke Tanah Suci baru-baru ini turut meluahkan pendapatnya di Instagram.

“Haritu Diana dah share video di Mekah, yang ni di Madinah , cuma part last Khadija syahadah tu kat Mekah #throwback.

“Happy tgk sahabat2 pergi menunaikan umrah.. semua yg mereka share, feeling taknak balik, jadi peniaga kurma pun jadila, rasa berat hati nak tinggalkan Madinah, nak tinggalkan Rasulullah SAW dan tak dapat selalu iktiqaf di masjid2 nya, syukur yg amat walau banyak berdosa Allah kurniakan nikmat yang sangat banyak, tapi masih

lagi Allah jemput sebagai tetamuNya, semua tu apa yg saya, dan sy percaya ramai lagi yg jejakkan kaki ke tanah Haram rasa, dan kini rindukan

“Semoga umrah saudara2 menjadi asbab untuk dilembutkan hati kembali ke jalanNya.. Allah Maha Pengasih dan menunggu2 taubat hamba2Nya

“Ada rasa marah, menangis bila berita kesucian Masjidil Haram dipemainkan mcm tu, tapi mungkin ini petunjuk untuk kita lebih menjaga agama, dalam diri kita sendiri juga,” tulisnya.

Terdahulu, Diana menunaikan umrah bersama dua orang anaknya tanpa kehadiran suami.

Ada yang cakap visa pelancong ditarik balik, tapi Diana tanya pihak @zuhudholiday , diorg kata boleh lagi.

“Saudari2 yang nak pergi umrah tanpa mahram, baik disegerakan, takut jadi mcm saya sebelum ni, hampir 7 tahun tunggu untuk umrah tanpa mahram.. 

“Apa pun siapa yang direzekikan ke sana ialah tetamu Allah.. Ambil dan rebut peluang untuk berbuat amal. Bersederhana dan kembalilah pada fitrah.

“Doakan kesihatan iman saudara2 kita, dan doakan dunia yang semakin parah dengan kesongsangannya .

Kalaulah Rasulullah ada dihadapan kita dan sedang melihat.. 😢

“Bukan dilihat pada mulanya kehidupan seseorang, tapi pada pengakhiran.. masih ada peluang untuk kembali selagi masih bernyawa 💙

semoga Husnul Khatimah untuk kita.. Amin!,” akhirinya.

Difahamkan, usahawan tersebut telah dibawa keluar dari Tanah Suci setelah tersebar gambar yang dikongsikannya memakai telekung dan dilihat seperti seorang perempuan ketika sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga dikatakan akan membuat pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) petang ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status jantina usahawan berkenaan.

Video: Instagram Diana Amir,Berita Harian

Published by
MH