Baru-baru ini, primadona Erra Fazira telah melancarkan lagu single terbarunya berjudul Menangkah Cinta.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek ada berkongsi kisah di sebalik lagu terbarunya itu, selain berkongsi perihal cabaran dalam merakamkan single berkenaan.

“Lagu ini tak mudah untuk saya sampaikan sebab liriknya itu sendiri…saya rasa ada sedikit menyentuh hati.

“Saya rasa orang yang membaca atau yang mendengar boleh memahami perasaan apabila sesuatu harapan itu tidak kesampaian. Janji yang tidak ditunaikan atau putis cinta di pertengahan jalan…

“Ada satu ketika tu saya terpaksa berhenti sekejap, bertenang untuk nak cool down,” katanya.

Menerusi rakaman video tersebut juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jendela Hati itu antara lain turut ditanya mengenai apakah yang boleh dipelajari menerusi lagu berkenaan.

Ads

“Mungkin Rudy Imran (penulis lirik) pada ketika dia menulis lirik itu dia membayangkan kisah saya atau apa ke… tetapi ia dekat di hati saya. Alhamdulillah akhirnya saya dapat teruskan menyanyi lagu tersebut,” jelasnya lagi.

“Saya nak mengajak kepada semua pendengar wanita khususnya menerima hakikat sekiranya perhubungan atau percintaan itu gagal di tengah jalan. Ia bukan satu pengakhiran hidup.

“Kita kena bangkit malah kita kena doakan pasangan kita yang mungkin sedang berbahagia untuk terus berbahagia dan kita ada perancangan yang lebih baik InsyaAllah,” luah Erra panjang lebar.

Ads

Video yang dikongsikan menerusi saluran YouTube Sony Music Malaysia itu sudah pun mendapat hampir 12,000 kali tontonan.

Di samping itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kata nasihat yang disampaikan penyanyi berusia 45 tahun itu.

“Ada Satu Ketika Saya Terpaksa Berhenti Sekejap, Bertenang Untuk Cool Down,” – Erra Fazira

Ads

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Yusry Abd Halim pada 15 Jun 2003 dan telah berpisah 26 April 2006.

Selepas itu, Erra berkahwin bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Engku Aleesya.

Bagaimanapun, mereka telah bercerai pada 17 Februari 2014.

Video: YouTube Sony Music

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI