“Ada Satu Sen Kau Bagi Dekat Aku…,” – Undi Azmin? Azwan Ali Tegaskan Ikatan Adik Beradik Bukan Faktor Pilih Pemimpin

Share

Pengacara sesasi, Azwan Ali seakan memberikan bayangan tentang calon pemimpin yang diundinya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang menyaksikan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut bertanding di kawasan berkenaan.

Memetik laporan video yang dikongsikan portal berita, Malaysiakini, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA memaklumkan hubungan adik beradik tidak sesekali mempengaruhi undiannya sebaliknya, dia mahu memilih pemimpin yang boleh melaksanakan kerja dengan baik.

“Bercakap mengenai siapa yang akan saya undi? Anda rasa siapa? Jawapan saya senang sahaja. Bukan darah daging yang jadi percaturan.

“Walaupun saya sudah berpuluh kali memberikan kenyataan untuk berbaik dengan dia, tapi dia tak endah pun. Lu siapa? Konsep dia. Jadi, saya ajar balik la,” katanya seperti yang dipetik.

Jelas Azwan lagi, abangnya itu juga dikatakan tidak melakukan sebarang perubahan sewaktu memegang jawatan selaku Menteri Besar Selangor satu ketika dahulu.

“Tiada istilah undi adik beradik. Tiada isu di sini. Isunya sekarang adalah kita mahu memilih pemimpin yang berkebolehan. Bila kita tengok seseorang itu, kita tahu dia boleh memimpin terutamanya DUN Hulu Klang yang vass ini.

“Sendiri kena ingatlah saya pilih siapa. Kita tak nak pilih pemimpin yang dahulunya punya jawatan tapi tak tahu apa yang dia buat. Ada satu sen kau bagi dekat aku masa kau jadi menteri besar?,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Azwan difahamkan merupakan pengundi terawal yang selesai menjalankan tanggungjawab di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate pagi tadi.

Sekadar info, kerusi DUN Hulu Kelang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor dari Perikatan Nasional (PN) dengan dengan ‘anak didiknya’, Juwairiya Zulkifli mewakili Pakatan Harapan (PH).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Video: Twitter MalaysiaKini

Published by
Aizam Manaf