Menepis persepsi kurang baik terhadap kedai gunting rambut miliknya, Hairfeeks Babershop yang dibuka di penempatan majoriti bukan Melayu, pelakon Fikry Ibrahim menjelaskan ia tiada kena mengena dengan soal sihir atau dengki yang berlegar di budaya masyarakat Melayu sejak sekian lama.
Sebaliknya, sasaran utama pemilihan lokasi di Setapak, Kuala Lumpur itu adalah bagi mencuba pasaran bukan untuk pelanggan bukan Melayu.
Malah jelasnya kepada MH, kedudukan kedai yang bersebelahan dengan salon lain juga bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan.
“Saya memilih kawasan bukan Melayu kerana bukan mudah mahu menawan pasaran mereka. Walaupun kedai kami bersebelahan dengan kedai lain, namun harga yang kami tawarkan adalah lebih murah.
Ads
“Bagaimanapun, hubungan kamu sesama peniaga lain okay sahaja, tiada masalah.
“Saya juga tidak risaukan mengenai peniaga Melayu kerana permainan kami berbeza. Sebab utama adalah saya mahu terjah pasaran bukan Melayu dan pada masa sama cuba juga untuk menarik pelanggan Melayu,” kata Fikry.
Bintang Cik Reen Cik Ngok Ngek ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hairfeeks, pada Rabu.
Ads
Mengharapkan agar kedai barbershop yang diusaha mendapat sambutan ramai, Fikry turut mengharapkan sokongan berterusan dari pelbagai pihak.
“Kami cuba lakukan yang terbaik dan pastinya kepuasan pelanggan adalah misi utama yang perlu dititikberatkan,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, diminta mengulas mengenai gandingan kali kedua bersama Farah Nabilah menerusi drama Kau Yang Pertama, pelakon berusia 25 tahun ini tidak menafikan risau andai ada peminat yang mulai bosan.
“Saya risau juga sekiranya penonton bosan dengan gandingan kami. Malah, pasti ada yang mungkin akan mengharapkan jangkaan yang lebih tinggi berbanding drama sebelum ini.
“Apa pun harapan saya sangat besar dan pastinya drama kali ini ada beza menerusi drama gandingan kami sebelumnya,” ujar Fikry yang turut menanam impian untuk beraksi di layar perak pula.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Betty Benafe menerusi portal Mstar mengesahkan dirinya telah bercerai talak satu dengan suami, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Ulas pelakon ini, perceraian berlaku secara baik dan anak-anak kini di bawah jagaannya.
“Sebenarnya saya suda bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru dan kami berpisah dengan cara baik.
“Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan dia (bekas suami) seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang,” katanya dipetik.
Pasangan ini diijabkabul pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Foto : Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini, penyanyi dan pelakon Elyana ada menitipkan ucapan kepada semua yangmenghidap penyakit berkenaan.
Elyana atau nama lengkapnya, Erneelya Elyana Emrizal yang turut memghidap kanser limfoma berharap agar kepada semua yang menerima ujian penyakit ini untuk terus cekal dan tabah.
Pada masa sama, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini juga berharap agar semua yangmemiliki senasib dengan dirinya untuk terus berjuang.
“Hadapi dengan senyuman Semua yang terjadi biar terjadi Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja.
“Bila ketetapan tuhan sudah ditetapkan,
Tetap lah sudah Tak ada yang bisa merubah
Dan tak akan bisa berubah.
“Selamat Hari Kanser Sedunia!!!!
Keep Fighting!!!!!,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata semangat kepada Elyana untuk terus cekal dan tabah selalu.
Sekadar informasi, Elyana pernah memaklumkan sudah menghidap penyakit kanser ini hampir 10 tahun dan kini berada di tahap kritikal.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!