Kemunculan figura pelakon Amyza Aznan menerusi persembahan penyanyi Zaki Yamani dan Yamani Abdillah di konsert minggu keempat Famili Duo, malam tadi nyata menjadi sorotan ramai pihak.
Di sebalik ramai yang memuji penampilannya yang mengenakan dres hitam belah tepi pada segmen tersebut, ada yang turut memberikan reaksi pelbagai.
Bintang Rindu Kasih ini bagaimanapun memberikan reaksi ringkas menerusi ruangan komen di Instagram, sebagai respon ditinggalkan pengurus artis, Kam Abd Manap.
“X pon. Ada slua (seluar) la skin kaler (colour). Ala you ni suke tertipu. Cepat jadual next,” balas Amyza.
Terdahulu, menerusi program nyanyian realiti itu, Zaki dan Yamani membawakan lagu Hati dendangan asal penyanyi popular, Hael Husaini.
Ads
Sewaktu mereka membuat persembahan, Amyza yang berselindung di sebalik tirai hanya menampakkan bayang-bayangnya sebelum membuat kemunculan pada akhir lagu.
Kemunculan Amyza juga turut menerima sorakan dan tepukan gemuruh para penonton.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak telah melancarkan sebuah program realiti hiburan iaitu ‘Getaran Jiwa’ dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program bertemakan ‘Irama Mengimbau Kenangan’ itu diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Getaran Jiwa bakal ditayang menerusi saluran 122 di Astro dan MYTV mulai 21 Oktober 2022 depan sebanyak 8 episod.
Program ini bersiaran pada setiap Jumaat, dimulai dengan tayangan kapsul ‘Debaran Jiwa’ pada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam dan diikuti siaran langsung ‘Getaran Jiwa’ pada 8.45 malam hingga 10.15 malam.
‘Getaran Jiwa’ menampilkan 40 peserta melalui pencarian bakat baru dari seluruh negara, konsep dan format program ini merupakan idea bersama TVS dan Morningstar Entertainment yang diwakili oleh Adlan Shaharir sebagai Penasihat Kandungan Kreatif.
Para peserta akan bersaing bagi merebut hadiah terkumpul sebanyak RM60,000, persembahan peserta akan dinilai melalui sistem pemarkahan ‘Jiwa Meter’ yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional diketuai oleh Dato’ Nash dan 30% oleh juri awam yang mengundi secara atas talian.
Turut hadir pada majlis pelancarannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Zulkapli, Pengurus Saluran, Aizal Ibrahim dan Penerbit Penyelaras, Yume Suryani.
“Untuk membawakan kelainan dan nafas baharu, susunan muzik karya-karya evergreen Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma bakal kami olah supaya menjadi lebih kontemporari.
“Insya-Allah, bakat-bakat baru yang kami ketengahkan dan persembahan yang bakal kami sajikan akan mencuit hati para penonton,” ujar Adlan.
“Tanpa lari daripada intipati asal lagu kedua-dua legenda tanah air tersebut, para peserta diberikan peluang menggunakan kreativiti mereka untuk mengangkat martabat lagu yang sedia ada.
“Dengan barisan peserta dari seluruh Malaysia daripada latar belakang yang pelbagai, kami juga tidak sabar menunggu kejutan daripada bakat-bakat ini,” tambah Yume pula.
Sementara itu, Getaran Jiwa merupakan rancangan hiburan ketiga terbitan TVS untuk tahun 2022 selepas program TVS Live dan Pemerindang Borneo.
Program dikendalikan oleh Jiggy Masin dan Sissy Imanmanakala memperkenalkan barisan peserta program dan hos kapsul ‘Debaran Jiwa’ pula ialah Fattah Bolhanuddin dan Siti Zawawi.
Getaran Jiwa huga boleh disaksikan penonton bermula 21 Oktober 2022 pada pukul 8.45 malam setiap Jumaat di saluran 122 di Astro dan MYTV.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pasti ramai mengenalinya kerana namanya pernah gah di persada antarabangsa sebagai penyanyi dan penulis lagu, satu ketika dahulu.
Kini sejak sekian lama melakukan penghijrahanya, berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Pereka fesyen yang juga ahli perniagaan dan usahawan di Malaysia ini banyak menghabiskan masa untuk mendalami ilmu agama dan menyertai majlis-majlis ilmu yang ada di Malaysia.
Mizz Nina Akui Dia Kini Sedang Mencari Erti Hidup!
Malah, menerusi sebuah muatnaik video yang dikongsikan menerusi akaun pengguna @menjadidewasa.my di aplikasi Tik Tok baru-baru ini Mizz Nina telah berkongsikan pengalamannya dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.
“Saya kejar banyak benda dalam kehidupan saya dahulu, dari budak kecil yang memenangi banyak pertandingan sehingga memenangi anugerah, buat album kesemuanya, saya terus kejar menang dan menang lagi kemudian saya mempersoalkan apa lagi yang perlu dikejar?” katanya.
“Saya menang award dan lakukan semula kemudian manusia menyokong apa yang saya lakukan. saya tak rasa tenang hati serta tak rasa kepuasan,” tambahnya lagi.
Selain itu, Mizz Nina berkata perkara itu yang membuatkan dia gembira dan seronok sebelum ini. Bagaimanapun, setelah acapkali melakukan perkara sama, dia mula merasa bosan hingga nekad dan mengambil keputusan untuk meninggalkan semua keseronokkan itu dan memutuskan untuk berhijrah demk mendalami erti sebenar kehidupan serta mendambakan ketenangan yang tidak pernah dimilikinya sebelum ini.
Sekadar info, Mizz Nina telah dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan diatas bakti dan sumbangan telah dilaksanakan menerusi misi kemanusiaan sehingga ke luar negara.
Beliau juga komited untuk memberi dan berkongsi rezeki kepada masyarakat yang kurang kemampuan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha kini banyak meluangkan masa bersama keluarga sejak bergelar ibu.
Baru-baru ini, Hanis ada berkongsi satu rakaman video momen anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah di Instagram.
Menarikya, Alisa kini dikihat kian petah berturur meski baru berusia setahun lebih.
“Mommy, see!”, @thealisaaisyah. Yang @theyusufiskandar taknak bagi la small toy parts kat adik dia ceh ceh. Mengadap dua ni la work from home,” tulisnya.