Baru-baru ini, artis versatil Elly Mazlein telah diundang menjadi tetamu jemputan radio Suria FM menerusi segment Suria Petang yang dikendali oleh penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengakui ada menerima tawaran untuk menjadi penyampai di salah sebuah stesen radio tempatan.
Namun, penyanyi yang sinonim dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini berkata terpaksa menolak tawaran tersebut kerana masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
“Memang ada tapi belum masanya lagi, tapi InsyaAllah kalau ada rezeki dan masa yang sesuai apa salahnya,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun ini berkata gemar untuk mengendalikan segment di waktu petang sekiranya diberikan tanggungjawab untuk menjadi penyampai radio.
Ads
Dalam perkembangan lain, Elly kini sedang hamil anak kedua selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Muhammad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020.
Ads
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun telah berpisah pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkongsian hidup dikurniakan seorang cahaya mata anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia, 5 tahun.
Foto: Instagram Elly Mazlein, Suria FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengenakan warna tema kuning diraja, pasangan selebriti, Jihan Muse dan Ungku Hariz dilihat sedondon menggayakan baju berona berkenaan bersama anak, Ungku Arsalan Haq.
Sempena Syawal, famili kecil ini memilih untuk tampil baju raya yang sedondon warnanya.
Bagaimanapun apa yang melucukan, kunjungan ke rumah tetamu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Masakan tidak, sofa tuan rumah seakan-akan sama seperti baju raya mereka!
“Rasa cantik sangat color baju kami arini.. bila dah masuk rumah orang.. terus rasa nak balik.. #sesumpahsofa,” tulis Ungku Hariz di Instagram.
Umum pasti sudah mengetahui hari ini merupakan hari paling sedih buat pasangan ushawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kerana menyerahkan kembali anak angkat mereka, Qayyum kepada keluarga kandungnya.
Malah, sebelum ini Shahida juga turut menitipkan sesuatu buat kanak-kanak berkenaan menerusi posting terdahulu menerusi Instagram.
Terkini, Shahida ada mengabadikan sekeping foto bersama ahli keluarga dan pekerjanya yang selama ini merupakan penjaga kepada Qayyum sejak dilahirkan.
“Tq semua…. ni orang kuat yg dah tgk qayyum dari dalam perut,lahir sampai hari ni….semua datang nak ucapkan selamat jalan dekat Qayyum.
“Tq semua?? sebab selalu jaga dan tgk qayyum utk saya,” tulisnya.
Malah menerusi Insta Stories, Shahida turut berkongsi beberapa posting momennya bersama Qayyum.
Perkongsian dari Shahida itu turut menerima reaksi perlbagai netizen.
Foto: Instagram Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seiring dengan perkembangan pesat industri perfileman, genre seram kekal sebagai pilihan utama penonton.
Melihat kepada permintaan tinggi ini, rumah produksi Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) tampil dengan filem sulung mereka berjudul Polong.
Pengarahnya, Zulkarnain Azhar, tertarik untuk mengarahkan filem ini kerana jalan ceritanya yang unik dan penuh dengan makna tersirat.
“Antara tarikan dalam naskhah ini, Polong adalah sebuah filem yang bertemakan dosa silam, legasi serta akibat yang tidak dapat dielakkan kesan daripada perbuatan masa lampau, terutama sekali dengan mengamalkan ilmu hitam.
“Ia bukan sekadar sarat dengan elemen seram, tetapi menjadi simbolik kepada kegelapan yang kita bawa dalam diri kita sendiri, sama ada melalui dosa masa lalu atau trauma yang tidak dapat diselesaikan,” jelasnya.
Mengangkat kisah Maria Hadi iaitu seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam dan dihantui dosa lampaunya, Polong membawa penonton menyelami perjalanan seorang manusia yang mencari keampunan di penghujung usianya.
Namun, segala yang ditinggalkannya menjadi beban kepada pewarisnya, termasuklah polong belaan yang menuntut bela atas kematiannya.
Filem ini bakal memulakan penggambaran pada Mei depan dengan menampilkan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong, dan Nadiya Nisaa.
Permintaan Pasaran Semasa
Dalam pada itu, penerbit eksekutif GSPSB, Onn Norshal Hamzah, menjelaskan pihaknya memilih genre seram sebagai projek pertama kerana filem sebegini sentiasa mendapat sambutan hangat di pasaran.
“Pemilihan Polong telah melalui satu proses diskusi yang sistematik dengan melihat kepada kekuatan komersil yang tinggi, selain dijangka mampu memberikan impak saingan dalam pasaran filem tempatan dan luar di pawagam.
“Dengan kualiti penceritaan, penerbitan dan kuasa pasaran yang kuat bagi genre seram, pihak GSPSB yakin dengan kemampuan kami untuk menawarkan kelainan dari segi karya dengan kekuatan yang merangkumi semua aspek penerbitan,” katanya.
Gabungan Pengarah Berpengalaman
Dalam memastikan kejayaan Polong, GSPSB memilih Zulkarnain Azhar sebagai pengarah berdasarkan rekod cemerlangnya menerusi filem-filem seperti Takluk, Air Force, dan J Revolusi.
“Dengan pemilihan Zulkarnain selaku teraju utama filem ini, kami yakin filem ini pasti menjadi satu lagi naskhah yang ditunggu oleh pencinta filem tempatan yang sentiasa dahagakan karya bertenaga dan komersil.
“Penglibatan 10 Star Cinemas Sdn. Bhd. sebagai pengedar dan agen pemasaran filem ini akan menjadi satu langkah strategik untuk mempersiapkan filem ini sebelum memasuki pawagam.
“Kami percaya 10 Star Cinemas Sdn. Bhd., yang memiliki rangkaian pawagam komuniti serta pasukan profesional pengedaran berpengalaman, mampu mengangkat filem ini ke destinasi pasaran yang disasarkan,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
"Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”Demikian kata selebriti versatil,...