Penyanyi yang kini sedang bersaing di dalam program hiburan popular, Big Stage 5 (BS5) meluahkan rasa lega selepas seleasai membuat persembahan terbaiknya menerusi lagu Hati Kama di dalam siangan minggu keenam BS5, Ahad lalu.
Menurut Naderra, dia pada awalnya rasa ragu untuk membawakan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaiza dan Noraniza Idris itu kerana bimbang akan terikut-ikut gaya penyanyi asal.
Bagaimanapun dia terharu selepas menerima respon baik sejurus selesai membuat persembahan.
“Syukur Alhamdulillah, Nad selesai menjalankan tugas menyampaikan lagu idola Nad, Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris, Hati Kama. Minggu sebelum ni pun Nad bawakan lagu biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Engkau Bagaikan Permata.
“Nad sendiri ada rasa takut sekiranya Nad terlalu terikut cara penyanyi asal bawa lagu ini tapi Alhamdulillah, setakat ni Nad terima input yang positif.
“Ada juga sedikit kritikan & kecaman yang Nad terima, tapi Nad mahu memandang positif dengan hati terbuka dan mahu memperbaiki kelemahan diri,” jelasnya.
Nadeera berkongsi perasaannya itu menerusi sebuah hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.
View this post on Instagram
Dia pada masa turut menyentuh mengenai markah 92 peratus yang telah diberikan salah seorang juri tetap BS5, Aina Abdul.
“Nad ada terbaca mengenai komen yang mempertikai mengapa juri Big Stage, Aina Abdul hanya beri Nad 92 markah malam tadi. Sejujurnya, Nad sedih baca komen sebegitu.
“Ya, di luar mungkin kami berkawan, dia memang bekas housemate Nad sebelum ini, tetapi dalam pertandingan ini, dia adalah juri, bukan kawan Nad, bukan housemate Nad.
“Nad faham tugas dia sebagai juri dan Nad sangat menghormati Aina. Bukan sahaja Aina, setiap pemarkahan yang diberikan olehnya bersama Abang Ajai dan juri jemputan Nad ambil maklum dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk memberikan terbaik di persembahan akan datang.
“Jadi, Nad mohon sokongan semua agar Nad berjaya memberi persembahan terbaik, terus menghiburkan anda & @thenadees_official di minggu akan datang. Kembali Terang, doakan Nad,” tulisnya lagi.
Terdahulu, di dalam saingan Ahad lalu, penyanyi kelahiran Singapura, Farhan Shah diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas para juri menggunakan Imuniti-X bagi menyelamatkan Dem Lepak Boyz menerima reaksi pelbagai penonton.
Malah, tidak kurang yang membicarakan mengenai markah 100 yang diberikan Aina terhadap persembahan bintang Indonesia, Waode pada malam sama.
Aina menjelaskan, markah tersebut diberikannya susulan melihat kejujuran persembahan Waode dari awal hingga akhir persembahan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI