Komika yang kini sedang meningkat naik, Ayim Razak teruja dengan sambutan baik semua pihak terhadap persembahan jenakanya meskipun sering membahaskan mengenai isu politik.
Menurut Ayim atau nama sebenarnya Abdul Rahim Razak, dia hanya mahu memanfaatkan platform ini untuk membawa suara dan keresahan rakyat agar mendapat liputan yang meluas.
“Secara jujurnya, ada yang terima dan ada yang tidak tapi lebih ramai yang terima. Itu yang best tu. Kalau saya ikut komen-komen yang mengecam, saya sudah patut berundur. Komen-komen mereka pun boleh tahan juga.
“Tapi disebabkan komen-komen daripada orang yang boleh menerima baik itu yang meminta saya untuk meneruskan dan membawa suara anak muda.
“Jadi, saya rasa seperti ada tanggungjawab. Padahal tiada siapa minta pun. Oleh itu, saya berkongsi lebih banyak tentang hal ini tak kisah sama untuk pihak pembangkang atau kerajaan. Asalkan ada masalah, saya akan suarakan,” katanya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta program Gegar Lawak itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Twitter.
Ads
Dalam pada itu, Ayim turut mendedahkan dirinya ada menerima ugutan daripada sesetengah yang kurang senang dengan konten jenakannya
“Memang ada yang pertikaikan bila saya bawa modal politik, baru saya boleh jadi terkenal. Namun sebenarnya, kalau anda melihat daripada scene underground stand up comedy, isu ini memang ramai dibahaskan.
“Ini isu yang ramai orang nak dengar. Cuma saya bawakan perkara ini ke dunia mainstream dengan kongsikannya di media sosial.
“Memang banyak ugutan yang saya terima. Ramai yang kata nak pukul saya kalau berjumpa di luar. Namun, Alhamdulilah.
“Saya tak meminta tapi perkara ini tak berlaku lagi. Saya tahu rakyat Malaysia semuanya baik-baik,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, Ayim turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya menghina agama kerana menjadikan parti politik yang berteraskan agama sebagai bahan jenaka.
“Kalau saya kutuk PAS, bukan bermakna saya kutuk Islam. Saya hanya mengutuk parti. Ramai yang marah saya kata saya kutuk Islam sebab kutuk PAS.
“Jangan salah anggap. Islam tetap Islam. PAS hanya parti.
“Saya sebenarnya nak menyuarakan keresahan orang ramai. Mungkin setengah orang dia simpan sahaja perkara ini atau sembang di kedai kopi sahaja.
Ads
“Saya ini kebetulan ada kelebihan sedikit untuk buat komidi dan ada pengikut. Jadi, saya guna saluran ini untuk bercerita dan hebahkan supaya ramai yang sedar,” katanya lagi.
Sebelum ini nama Ayim menjadi perhatian ramai selepas jenakanya mengenai isu air di Kelantan tular di media sosial.
Sekadar informasi, anak muda berusia 27 ini pernah menyertai beberapa program realiti komedi seperti Gegar Lawak Astro 2018, Gelak Gempak Astro 2021 dan Personaliti Top Era 2019.
Pelakon, Ikmal Amry akhirnya berjaya merealisasikan hajat isterinya Najla Shamsul yang kini sedang hamil anak pertama mereka.
Menurut Ikmal, isteri yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan mengidam mahu menikmati Nasi Goreng di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
“Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam, ni paling susah nak dapatkan. Kenapa susah? Dia nak Nasi Goreng St Regis, Langkawi. Kitaorang makan Nasi Goreng ni time honeymoon.
“Tapi semua yang dia teringin nak makan Alhamdulillah Am tunaikan kecuali Nasi Goreng Ni Je Am hold dulu. Ye lah LANGKAWI WEH!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ikmal turut bersyukur selain menyifatkan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik apabila hajat tersebut dapat ditunaikan.
“Tapi Allah sebaik perancang. Lepas dua mnggu dia teringin nak makan tu. Am dapat satu offer filem shoot di Langkawi. Allahuakbar.
“Ni rezeki awak sayang, Allah susun cantik je. Am dapat shooting di Langkawi supaya boleh bawak you makan di St Regis Langkawi. Im speechless. Rezeki memang tak pernah salah alamat. Enjoy your Nasi Goreng sayang,” tulisnya lagi.
Jumaat yang indah pada hari ini, isteri kepada penyanyi rock senior, Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau mesra dengan panggilan Qasander telah berkongsi video di Instagramnya beberapa jam lepas.
Video tersebut memaparkan Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menghafal ayat suci Al-Quran iaitu surah Al-Waqiah.
“I’m a proud wife.. Alhamdulillah. Suami I hafal surah Al-Waqiah. I am so jelaous.. Dia ckp nnti dia belajar lagi. Sorry sound Jawa belom masuk slang Arab lagi,” kongsi Qasendra mengenai video tersebut.
“Salam Jumaat semua . Alhamdullilah @aku.amysearch . Lepas ni kita habiskan dgn @ubs02pro ya . . Bila u mengaji mcm Mak . Mak mesti bangga tgk anak dia hafaz quran . .
“Lembut jer suara dia,” tulis Qasander di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji kehebatan Amy menghafal surah tersebut yang menceritakan mengenai gambaran Hari Kiamat.
Wah! Tenang rasa bila dengar penyanyi rock tanah air menghafal ayat suci Al-Quran, kan?
Semoga hari Jumaat ini membawa 1001 kebaikan buat mereka sekeluarga.
Video : Instagram Qasander, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah pun mengeluarkan kenyataan memaklumkan khidmat penyampai radio, Shuk Sahar akan digantung buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta.
Menurut laporan Harian Metro, pergantungan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.
Dengan berkuat kuasanya pengumuman tersebut, kini hanya tinggal Fizie sahaja yang merupakan gandingan asal segmen Geng Pagi Hot (GPH) memandangkan pelawak, Shuib Sepahtu baru sahaja mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan beberapa minggu lalu
Bagaimanapun, menerusi pemerhatian MH selama dua hari ini, segmen pagi itu kini dilihat telah diambil alih buat sementara waktu oleh pembaca berita, Amirulhakim Ahmad Lokman dan rakan penyampai, Jay Jamalina.
Perkhabaran tersebut nyata mengundang rasa sedih di hati segelintir pihak terutama para peminat Fizie.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Fizie dilihat memuat naik semula reaksi peminat yang ternyata merindukan celotehnya itu.
Rata-rata peminat menyifatkan segmen pagi tersebut amat berbeza selepas ketiadaan Fizi, Shuk dan Shuib.
Terdahulu, pihak pengurusan Hot FM turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai penggantungan Shuk akan diumumkan selepas siasatan dalaman selesai.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga membabitkan Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendakwa suaminya itu masih berlaku curang dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sebelum ini.
Terdahulu, Shuk dan Rossalennah telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.
Sumber: Instagram Fizie & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...