Seperti semua sedia maklum, rapper, Altimet telah pun memutuskan untuk bersara daripada industri seni tanah air bermula pada tahun 2019.

Bagaimanapun, sebelum pengunduran dirinya itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad telah pun mengadakan sebuah konsert khas sebagai tanda penghargaan buat rakan-rakan industri dan juga para peminat.

Terbaru, penyanyi lagu Amboi ini turut mendedahkan dirinya berasa amat terharu selepas mengetahui rata-rata rakan artis yang turut serta menjayakan konsert tersebut telah menolok untuk menerima pembayaran.

“Ada Yang Ambil Cheque Pastu Tak Bank In Sampai Sekarang,” – Ada Artis Tolak Terima Bayaran, Altimet Cerita Fasal Konsert Terkahir

IKLAN

“Ni kira pesta kita kita ni. Fun fact: majority guest artist yang buat persembahan malam tu menolak bayaran yang kami bagi.

“Ada yang action ambik cheque pastu tak bank in sampai sekarang. Aku sangat terharu. Thanks guys, I appreciate our friendship fr fr,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh Altimet menerusi sebuah ciapan yang dikongsikan di laman Twitter.

Tambah Altimet lagi, ada juga segelintir artis yang telah mengambil check pembayaran tetapi sehingga kini masih lagi belum membuat sebarang transaksi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa rindu bila mengenang kembali momen-momen pada malam konsert terakhir Altimet itu.

“Ada Yang Ambil Cheque Pastu Tak Bank In Sampai Sekarang,” – Ada Artis Tolak Terima Bayaran, Altimet Cerita Fasal Konsert Terkahir “Ada Yang Ambil Cheque Pastu Tak Bank In Sampai Sekarang,” – Ada Artis Tolak Terima Bayaran, Altimet Cerita Fasal Konsert Terkahir

Sumber: Twitter Altimet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI