“Mahal memang tiada isu sebab ada pembeli, setiap tahun Baju Melayu yang akan habis dulu.”
Demikian ulas pereka fesyen Rizman dan Ruzaini susulan harga Baju Melayu keluaran mereka yang mencecah RM1,499 sekaligus menerima sindiran dan reaksi pelbagai warganet.
Menurut Rizman, jenama yang dibangunkan mereka mempunyai beberapa segmen dan pembeli boleh membeli mengikut harga sasar dan kemampuan.
“Saya senang untuk melihat di mana segmentasi sesebuah jenama itu. Misalnya kami mempunyai Rizman Ruzaini yang harganya mahal seiring rekaan, RR Luxe yang harganya ‘sesedap rasa’ dan kita ada RR. Jadi daripada situ pembeli boleh memilih barisan segmen yang bersesuaian.
“Bagi saya, soal ini memang tiada isu sebab memang ada pembeli, setiap tahun Baju Melayu yang akan habis dulu.
“Akan tetapi untuk RR Luxe ini kita pun tak keluarkan banyak kerana ia bersifat eksklusif. Sudah tentulah bila ada yang beli baju harganya beribu, kalau boleh tak mahu sama dengan orang lain.
Ads
“Kuantiti kita akan terhadkan, dalam 500 ke 1,000 helai sahaja. Yang diperkatakan itu, ia sold out tak sampai dua minggu, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Rizman dan Ruzaini berkata demikian ketika ditemui pada acara Pelancaran Pop Up Store Rizman Ruzaini di Central i-City, Shah Alam pada Sabtu.
‘Pop up store’ terbabit akan beroperasi selama sebulan hingga pertengahan sambutan Aidilfitri nanti dengan menawarkan pelbagai promosi istimewa terhadap setiap keluargan jenamanya.
Terdahulu, tular di laman Twitter apabila ada yang membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini terbabit kerana dakwa mereka, ia dijual dengan harga tidak masuk akal tetapi laris terjual.
Ads
Sementara itu, Wan Ruzaini menambah, peminat jenama Rizman Ruzaini sebenarnya terdiri pelbagai golongan dan ia dibeli bukan untuk tujuan perayaan semata-mata.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak lapisan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza.
“Mungkin ada pembeli yang membeli baju-baju dalam nilai harga yang lebih mahal untuk tujuan menghadiri majlis, buat hantaran kahwin dan sebagainya,” kata Ruzaini.
Terdahulu di dalam majlis sama, penyanyi Ernie Zakri turut meraikan majlis sambil mempersembahkan dua buah lagu termasuk melakukan sesi ‘meet and greet’ bersama pembeli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setiap apa yang dikongsi oleh pelakon jelita, Nora Danish sering menjadi perhatian peminat terutama sekali perkongsian momen Nora bersama suaminya yang sinonim disapa sebagai Bossned.
Baru-baru ini, ibu kepada dua orang cahaya mata itu ada berkongsi sekeping foto dia bersama suaminya di akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan, apabila terdapat seorang individu yang berkata wajah suami Nora hampir sama dengan wajah pengarah dan penerbit, Michael Ang.
“Skali pandang ingtkn Michael Ang tdi…,” tulis individu tersebut.
Lalu, netizen berasa terhibur apabila melihat komen yang ditulis oleh individu berkenaan.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Bossned atau nama sebenarnya Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Persiapan sudah pun 60 peratus kita dah lakukan.” Itu kata penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein apabila ditanya mengenai persiapan kahwinnya yang dijadualkan bakal berlangsung 18 Januari depan.
Katanya kepada MH, bakal suami, Mohamad Azlan juga turut sama membantu menguruskan hal persiapan untuk bergelar raja sehari.
“Mana yang penting kita persiapkan dahulu, malah di belah pihak lelaki (Kelantan) pun persiapan sedang berjalan. Cikgu yang selesaikan. So Sweet,” jelasnya.
Ditanya mengenai sebab memilih tarikh tersebut sebagai pengikat jodoh di antara mereka, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini menjelaskan, merakamkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan.
“Kalau boleh kita tak mahu lengahkan. Bakal suami pun tak nak lama. Misalnya 17 Disember hari jadi saya dan kita bertunang sebulan sahaja.
“Kalau nak diikutkan, kahwin bulan tiga tahun depan. Akan tetapi Allah permudahkan menjadi lebih cepat.
“Lalu pada 17 Januari kita buat malam berinai tema Cik Siti Wan Kembang dan ketika itulah saya akan perkenalkan bakal suami, insyaAllah,” kata pelakon Kampung People ini lagi.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan 17 Disember lalu di World Trade Centre Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuk rakan media.
Pasangan ini saling berkenalan lebih setahun lalu. Saksikan temu bual penuhnya di sini;
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!