Konsert Soul Sisters yang menampilkan tiga penyanyi hebat iaitu Siti Sarah, Noryn Aziz dan Misha Omar telah berlangsung dengan jayanya di Istana Budaya, bermula Jumaat lalu.
Berakhir dengan penuh gaya dengan pilihan lagu memukau, konsert berkenaan nyata memberi 1001 makna buat para peminat ketiganya.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang pesimis, membayangkan gandingan penyanyi Noryn Aziz bersama Siti Sarah dan Misha Omar itu hanya menumpang populariti dua gandingannya itu.
MH berkesempatan menemu bual bersama mereka bertiga untuk bertanyakan mengenai hal ini.
Lantas, Noryn menjawab dia tidak menghiraukan apa-apa komen atau pendapat negatif daripada netizen terhadap dirinya.
“I don’t mind people to say anything that they want, because I’m here because I’m very passionate about my music, I love my career.
“I love my singing that’s why all this while I’ve been fighting for it,”kongsi Noryn Aziz.
Di samping itu, Sarah juga telah menyelit untuk memberikan pendapat mengenai isu ini.
“Without Noryn Aziz there’s no Soul Sisters, because benda yang dia buat, kami dua orang tak boleh buat so there’s no such things as dia menumpang siapa, siapa menumpang siapa,”jawab Siti Sarah.
Lalu, Noryn turut menegaskan bahawa gandingan dia bersama Siti Sarah dan Misha Omar bukanlah untuk meraih populariti yang ada pada mereka berdua.
Malah, penyanyi yang berusia 42 tahun itu merasakan gandingan mereka bersama merupakan satu peluang yang baik untuk membolehkan mereka bertukar ilmu dan teknik nyanyian.
“Because they are in their own league, I have my own league and my league is different but for me to be on stage with them is like an honour because I learned a lot of things like penjiwaan dalam menyanyi,”
“I’m the kind of singer yang suka teknik. But dengan mereka saya belajar macamana nak menjiwai lagu so basically it’s like a blessed in disguise,”kata Noryn Aziz.