Pengacara, Datuk AC Mizal percaya rancangan realiti terbaru, All Together Now Malaysia (ATNMY) sedikit sebanyak mampu memberikan keceriaan buat mereka yang ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai kesukaran semasa.

Jelas AC, program ini bukan sahaja membuka pintu rezeki buat para selebriti dan kru-kru yang terlibat tetapi juga buat mereka yang ingin mengubah kehidupan.

“Ada dua aspek kita perlu lihat di dalam program ATNM ni. Pertama sekali adalah penglibatan daripada semua artis-artis dan tenaga kerja. Daripada kru yang hidangkan makanan sehinggalah yang menyempurnakan segala hal, sekurang-kurangnya mereka masih ada pekerjaan pada waktu sukar ini.

“Yang kedua pula, Astro sememangnya akan menayangkan pelbagai rancangan baru sebagai hiburan buat mereka yang berada di rumah. Kita tetap perlukan hiburan untuk  sentiasa positif,” katanya kepada MH.

“Ada Yang Diberhentikan Kerja, Tutup Restoran,” – Himpun 50 Juri & 250 Peserta, Datuk AC Mizal Percaya ATNMY Mampu Redakan Tekanan Rakyat Malaysia

AC yang bakal bertindak selaku kapten juri ini turut berpendapat, program berkonsepkan hiburan ini sememangnya amat diperlukan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.

Ads

“Kalau kita sentiasa disajikan dengan berita-berita yang negatif, kita bukan sahaja boleh murung, tetapi kita tidak boleh untuk meneruskan kehidupan secara normal.

“Kerana ketika ini, inilah norma baru. Walaupun suasananya tidak seperti yang dahulu, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan segala tekanan.

Pengacara program Sembang DAC ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program All Together Now yang berlangsung secara virtual pada Selasa.

“Ada Yang Diberhentikan Kerja, Tutup Restoran,” – Himpun 50 Juri & 250 Peserta, Datuk AC Mizal Percaya ATNMY Mampu Redakan Tekanan Rakyat Malaysia

Ads

Katanya lagi, dia juga berasa amat teruja kerana program seumpama ini telah membuka ruang buat orang di luar sana untuk mengubah nasib mereka.

“Saya tahu pasti ada juga pihak yang akan mengkritik tapi kita kene tetap positif. Walau bagaimana sekali pun, kerja harus dijalankan. Kami sebagai selebriti tanah air pun memang ini cara kami mencari rezeki.

“Ramai diantara peserta memberi tahu, mereka telah diberhentikan kerja, meniaga kuih tapi tidak laku, ada yang terpaksa tutup restoran dan ada juga bekas penyanyi busker.

Ads

“Mereka datang ke program ini untuk mencuba sesutu yang baru dalam perjalanan hidup mereka,” akhirinya.

Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together
Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

“Ada Yang Diberhentikan Kerja, Tutup Restoran,” – Himpun 50 Juri & 250 Peserta, Datuk AC Mizal Percaya ATNMY Mampu Redakan Tekanan Rakyat Malaysia

Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku hos ini
terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan
seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.

Konsert mingguan ‘ATNMY’ pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Ria HD.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI