Categories: Berita

“Ada Yang Hantar Foto Atau Mesej Dengan Niat Memikat,” – Tajul Arif Akui Isteri Kawal Media Sosial, Elak Salah Faham

Share

Penyanyi Tajul Arif mengakui isterinya, Nurul Shamieza Eddie punya akses kepada akaun media sosialnya demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

Jelasnya kepada MH, isteri terlebih dahulu akan menapis dan menyekat akaun individu yang cuba menghantar mesej peribadi yang bertujuan tidak baik.

Tidak dinafikan ada yang mencuba walaupun mengetahui saya sudahpun berkahwin. Namun saya tidak melayan kerana takut lebih melarat.

“Sebelum berkahwin, ada juga yang menghantar foto atau mesej dengan niat memikat, namun isteri telah menyekat akses mereka yang berbuat demikian.

“Kami masing-masing ada akses ke akaun sosial jadi tiada masalah akan timbul kemudian hari,

” katanya.

Terdahulu, dia ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut mengulas lanjut kehidupannya selepas berkahwin pada usia muda.

“Bagi saya berkahwin muda memang bagus kerana kita dapat pelbagai pengalaman. Kehidupan kita berubah 360 darjah.

“Malah jika menyentuh isu kebebasan, saya masih boleh berhibur dan meminta izin daripada isteri. Cuma bezanya dahulu tidak perlu meminta izin, boleh ke mana sahaja.

“Isteri pula kena tengok mood. Perempuan biasalah, ada mood baik dan kadang kala mood tak baik. Jadi bila mood isteri baik, dia beri kebenaran tapi jangan balik terlalu lewat.

Niat saya mahu jadikan dia isteri yang sah kerana kami rapat daripada zaman persekolahan. Kami selalu bersama dan tidak elok pula bila orang berkata-kata.

“Arwah bapanya juga pernah berpesan sewaktu sedang nazak supaya kami percepatkan perkahwinan,” ulasnya lagi.

Menegaskan isteri tidak pernah mencampuri urusan kerjaya, namun sentiasa menasihati dirinya agar menjaga batas dan hati.

Isteri tidak pernah marah berkait dengan hal kerja. Dia tidak pernah marah jika saya mahu berduet atau bergambar dengan siapa, cuma dia berpesan agar menjaga batas dan hati.

“Setakat ini dia tidak pernah mengikut saya bekerja kerana tidak mahu masuk campur dan seorang yang pemalu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Tajul dicalonkan dalam Anugerah Duo Meletop Era bersama Wani Hasrita.

Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April dan bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Published by
Noraini Abd Wahab