Vokalis Drama Band, Aepul Roza mengakui dia dan anggota kumpulan lain tiada masalah untuk membuat persembahan di mana-mana lokasi termasuk busking (muzik jalanan) jika ia mampu memdekatkan muzik mereka kepada pendengar.
Aepul yang ditemui ketika mengadakan persembahan secara busking di tapak perniagaan Lorong Belakang di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada Jumaat, berkata, konsep persembahan sebegitu dianggap seronok selain orang ramai dapat menikmati muzik mereka secara dekat.
“Dari awal kemunculan lagi sehingga sekarang sudah 14 tahun, ini memang cara kami bawa diri. Memang tak pernah menganggap diri kami sebagai selebriti besar. Kami sebenarnya rasa sangat dihargai apabila ada orang yang mengenali dan menyanyi bersama lagu Drama Band.
“Kami juga sentiasa sedar apa yang dibuat ini (busking) juga satu kerja. Sebab itu kami tak kisah menyanyi secara busking atau di tepi jalan. Disebabkan ada yang menghargai muzik kami, jadi main saja. Memang tiada masalah.
“Macam di Lorong Belakang ini pun, konsep yang lebih kurang sama. Kami suka sebab betul-betul dapat bertemu bertentang mata dengan orang ramai dan peminat yang menyokong kerjaya kami selama ini. Sebab tanpa mereka Drama Band tidak akan sampai ke tahap sekarang,” katanya.
Sesi busking juga adalah sebagai antara rangka promosi untuk menjual tiket Konsert The Hardest Malam Drama yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan.
“Sepanjang minggu ini, kami tanpa henti keluar busking untuk promosikan konsert. Setakat ini sudah 70 peratus tiket terjual, jadi ada baki 30 peratus saja lagi.
“Kami sebenarnya sangat berterima kasih kepada Alha Alfa Cosmetics sebab sudi bekerjasama dengan kami.
Ads
“Jadi, yang baki ini kami cuba jual dengan buat busking. Memang kami bagi harga yang istimewa. Pendek kata, kami nak bagi konsert ini ‘full house’.
“Sebanyak 23 lagu kita akan persembahkan di konsert nanti dan Insya-Allah, isteri saya, Leez Rosli dan rakan penyanyi, Putera Muhammad juga akan turut membuat persembahan di konsert kami nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Youth Ventures Asia yang juga penganjur tapak Lorong Belakang Hanif Marzuki, 30, berkata, kumpulan itu memang satu-satunya pilihan mereka untuk dibawa menjayakan persembahan di sana.
Ads
“Kali terakhir acara sebegini pernah dibuat Datuk Sudirman di Chow Kit Road, tapi ketika itu dia datang nyanyi. Selepas itu tak ada lagi. Jadi, macam mana kami boleh bawa Drama Band adalah selepas mereka muncul di podcast dan menyuarakan hasrat untuk buat persembahan sebegini sambil nak jual tiket.
“Sebenarnya, Drama Band memang satu-satunya pilihan kami untuk dibawa ke Lorong Belakang. Sebab ini pertama kali buat macam ini. Kalau pentas pasar malam di sini boleh bawakan Drama Band, bermaksud band lain pun boleh juga. Alhamdulillah, sambutan penonton sangat ‘happening’.
“Kehadiran Drama Band ini juga menaikkan lagi imej pentas Lorong Belakang. Kebanyakan yang buat persembahan sebelum ini busker biasa. Dua bulan lepas kami panggil sekolah seni untuk buat persembahan. Sekarang panggil artis.
“Idea untuk pelbagaikan. Bukan setakat band ternama, tapi kami pernah juga panggil pelajar Aswara. Kita nak tengok pentas ini boleh buat apa saja muzik. Pada akhirnya Lorong Belakang adalah budaya kerana pasar malam adalah budaya kita. Jadi, kami nak pelbagaikan artis, muzik dan genre,” katanya.
Ads
Menurutnya, dianggarkan antara 10,000 sehingga 15,000 pengunjung direkodkan pada setiap minggu yang datang dari seluruh negara dan Lorong Belakang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad.
“Lorong Belakang ini sudah beroperasi sejak 2019 lagi, namun ketika pandemik melanda negara ia terhenti. Malah, selepas semua aktiviti kembali beroperasi tapak ini masih belum mendapat sambutan. Ketika itu ia berlangsung pada awal dan hujung bulan dengan pembabitan antara lima hingga lapan vendor saja.
“Selepas itu, dengan kerjasama penuh Shaftsbury Square, kami terus melancarkan Lorong Belakang ini yang kini berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu dan dibuka sehingga jam 12 malam.
“Apabila semakin mendapat perhatian dan tular di media sosial, bukan saja pengunjung yang bertambah tapi jumlah peniaga pun semakin meningkat,” katanya.
Menariknya juga, Lorong Belakang turut memberi peluang kepada pelajar universiti di sekitar Cyberjaya untuk bekerja secara sambilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sebak di dada membaca perkongsian Mizz Nina mengenai mangsa perang Syria yang kehilangan semua anak-anak akibat bom yang dijatuhkan regim Israel.
Ulang siar daripada posting Cinta Syria Malaysia ini menggambarkan keadaan mangsa perang yang kehilangan semua anak-anak dan hampir tidak siuman kerana tidak mampu menerima hakikat.
“#Repost @cintasyriamalaysia
“Anak saya tercampak depan saya. Saya berlari ambil dia dan kemudian saya bangun, saya tak tahu saya di mana. Semua anak-anak saya mati begitu sahaja. Semua.”
“Kata seorang ibu yang kami duk bersembang. Kini dia memeluk anak-anak saudaranya yang masih hidup. Kata wanita yang bersama duduk dengan beliau, selepas beberapa tahun barulah kawannya itu siuman dan kembali normal.
“Trauma terhadap kehilangan ahli keluarganya itu terlalu kuat dan menjadikannya kerap rasa nak bunuh diri dan mahu ikut mati.
“Beliau antara yang terselamat dari bom-bom yang dijatuhkan rejim. Yang mana memang mereka sengaja meletupkan kampung-kampung tanpa sikit pun belas kasihan.
“Kini mereka tinggal di dalam khemah-khemah selama 8 tahun ini.
“Makan hanya bergantung kepada sumbangan, pakaian serta kelengkapan di dalam khemah juga begitu,” kongsinya.
Malah, Aidiladha yang bakal menjelang ini merupakan satu-satunya peluang bagi mereka menikmati hidangan daging hasil sumbangan masyarakat.
“Untuk raya haji ini, itulah satu-satunya waktu yang mereka akan dapat menikmati daging dalam setahun. Sebungkus daging yang kita beri itu merupakan nikmat paling besar kepada mereka.
“Itulah bahagia yang kita dapat beri dengan mengerjakan ibadah korban di Syria dan Kem-Kem Pelarian Syria di Turki.
“Sungguh, membahagiakan mereka walau sesaat merupakan sebuah kepuasan di hati kita semua.
“Pembayaran boleh terus di bank in kan ke Akaun Rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank: 562834640983
ATAU
Pembelian kambing atau sumbangan projek qurban secara atas talian di:
http://bit.ly/ProjekQurbanCSM
http://bit.ly/ProjekQurbanCSM
SASARAN : 250 EKOR KAMBING
HARGA : RM1000 (SEEKOR)
Inboxkan maklumat berikut ke emel kami – cintasyriamalaysia@gmail.com:
1) Nama penyumbang:
2) Nama yang ingin diniatkan untuk Qurban atau Akikah (jika berlainan dari penyumbang):
3) Jumlah kambing:
4) Bukti (resit) bayaran penyertaan.
“Sebarang pertanyaan boleh dirujuk di whatsapp: HQ kami di +01136852190
“Ayuh! Juga jemput share ya! Mana tahu ada saudara atau kawan kita mahu menunaikan korban juga,” tulisnya panjang lebar.
Nama Adira Suhaimi kembali hangat diperkatakan apabila tindakan dirinya yang telah memfailkan permohohan cerai terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu diperkatakan ramai.
Atas kemelut yang melanda, Adira dilihat tenang dan sedar tak sedar, 10 tahun bintang asal Sabah ini terlibat dalam industri hiburan tempatan.
Jadi jom lihat 10 fakta menarik mengenainya bintang yang baru sahaja muncul menerusi single duet sama Hafiz Suip, Takdir Tercipta ini
1.Penyanyi Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi telah dilahirkan pada 19 September 1991 di Ranau, Sabah.
2.Adira merupakan anak bongsu daripada lapan beradik.
3.Sejak kecil, Adira sudah aktif menyanyi dengan menyertai kumpulan nasyid sejak sekolah lagi. Malah, Adira sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sabah dan pernah menjadi juara dalam Pertandingan Karnival Budaya 2008.
4. Pada tahun 2010, Adira merupakan salah seorang peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelapan sekali gus dinobatkan sebagai naib juara.
5.Selepas itu, penyanyi kelahiran Sabah ini semakin dikenali dan mendapat tempat dihati peminat menerusi lagu single pertamanya, Ku Ada Kamu.
6.Nama Adira semakin meningkat naik apabila digandingan bersama penyanyi Hafiz Suip menerusi lagu Ombak Rindu.
7.Adira pernah menerima Anugerah Bintang Popular BH ke-27 (ABPBH27) menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular pada tahun 2014.
8.Tahun sama, Adira telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
9.Kemudian, Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
10.Setelah hampir 4 tahun berkahwin, Adira telah dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Anggrek, 2, Assan, 1 dan Anggun yang kini berusia 2 bulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jepun, Anna Sawai telah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Bersiri Anugerah Golden Globe 2025 bagi peranannya sebagai Toda Mariko dalam drama bersiri Shogun.
Dia berjaya mengetepikan cabaran calon lain yang tidak kurang hebatnya seperti Katy Bates (Matlock), Kiera Knightly (Black Doves), Kerri Russel (The Diplomat), Maya Erskine (Mr & Mrs Smith) dan Emma D’Arcy (House of Dragon).
Menjadikan momen ini lebih manis, pencalonan ini merupakan pencalonan pertama yang diterimanya dalam anugerah berprestij itu.
Menerima anugerah tersebut daripada Salma Hayek dan Colman Domingo, Anna menyampaikan ucapan yang cukup ringkas namun bermakna.
“Saya mempunyai begitu ramai orang untuk berterima kasih, tetapi saya akan pendekkan. Terima kasih kepada pengundi kerana mengundi saya, walaupun saya akan mengundi Kathy Bates pada bila-bila masa,” ucapnya.
Selain itu, pelakon berusia 32 tahun ini turut berterima kasih kepada penulis naskhah lakonannya yang baginya telah melakukan kerja yang cukup luar biasa.
“Terima kasih kepada penulis kami yang luar biasa. Tanpa skrip yang baik, adalah mustahil untuk memberikan persembahan dengan potensi kita sepenuhnya. Terima kasih, semua orang. Saya akan berterima kasih nanti,” ujarnya mengakhiri ucapan.
Penampilan Anna sebagai Toda Mariko dalam drama bersiri Shogun.
Kejayaan Anna memenangi anugerah dalam ketegori ini mengulangi kejayaan pelakon Jepun lain iaitu Yoko Shimada yang turut menang ketegori tersebut menerusi karakter yang sama pada 1981.
Imbas kembali, Shogun merupakan novel yang ditulis oleh James Clavell. Novelnya pertama kali diadaptasi ke kaca televisyen pada 1980 dan disiarkan di saluran NBC.
Kemudiannya, karya ini dihasilkan kembali pada 2024 dan disiarkan di saluran FX/Hulu di Amerika Syarikat dan menerusi saluran Disney + untuk pasaran Malaysia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...