Berita

“Ada Yang Hargai Muzik Kami, Jadi Main Saja,” – ‘All Out’ Jual Tiket Konsert, Drama Band Tak Malu Buat Busking, Termasuk Di Lorong Belakang

Share

Vokalis Drama Band, Aepul Roza mengakui dia dan anggota kumpulan lain tiada masalah untuk membuat persembahan di mana-mana lokasi termasuk busking (muzik jalanan) jika ia mampu memdekatkan muzik mereka kepada pendengar.


“Kali terakhir acara sebegini pernah dibuat Datuk Sudirman di Chow Kit Road, tapi ketika itu dia datang nyanyi. Selepas itu tak ada lagi. Jadi, macam mana kami boleh bawa Drama Band adalah selepas mereka muncul di podcast dan menyuarakan hasrat untuk buat persembahan sebegini sambil nak jual tiket.

“Sebenarnya, Drama Band memang satu-satunya pilihan kami untuk dibawa ke Lorong Belakang. Sebab ini pertama kali buat macam ini. Kalau pentas pasar malam di sini boleh bawakan Drama Band, bermaksud band lain pun boleh juga. Alhamdulillah, sambutan penonton sangat ‘happening’.

“Kehadiran Drama Band ini juga menaikkan lagi imej pentas Lorong Belakang. Kebanyakan yang buat persembahan sebelum ini busker biasa. Dua bulan lepas kami panggil sekolah seni untuk buat persembahan. Sekarang panggil artis.

“Idea untuk pelbagaikan. Bukan setakat band ternama, tapi kami pernah juga panggil pelajar Aswara. Kita nak tengok pentas ini boleh buat apa saja muzik. Pada akhirnya Lorong Belakang adalah budaya kerana pasar malam adalah budaya kita. Jadi, kami nak pelbagaikan artis, muzik dan genre,” katanya.

Menurutnya, dianggarkan antara 10,000 sehingga 15,000 pengunjung direkodkan pada setiap minggu yang datang dari seluruh negara dan Lorong Belakang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad.

“Lorong Belakang ini sudah beroperasi sejak 2019 lagi, namun ketika pandemik melanda negara ia terhenti. Malah, selepas semua aktiviti kembali beroperasi tapak ini masih belum mendapat sambutan. Ketika itu ia berlangsung pada awal dan hujung bulan dengan pembabitan antara lima hingga lapan vendor saja.

“Selepas itu, dengan kerjasama penuh Shaftsbury Square, kami terus melancarkan Lorong Belakang ini yang kini berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu dan dibuka sehingga jam 12 malam.

“Apabila semakin mendapat perhatian dan tular di media sosial, bukan saja pengunjung yang bertambah tapi jumlah peniaga pun semakin meningkat,” katanya.

Menariknya juga, Lorong Belakang turut memberi peluang kepada pelajar universiti di sekitar Cyberjaya untuk bekerja secara sambilan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
MH