Tidak dinafikan, para selebriti yang mempunyai anak remaja yang menginjak dewasa turut sama menerima tempias populariti ibu dan bapa masing-masing, apabila sering memuat naik foto menerusi akaun Instagram mereka.

Malah, ada di antaranya yang kini mulai berjinak-jinak dalam dunia seni.

Pada masa sama, wajah mereka juga turut dikatakan mewarisi ketampanan atau kecantikan ibu bapa mereka.

Jadi, MH kongsikan senarai anak lelaki selebriti yang tampan, jadi perhatian ramai orang!

  1. Ammar Effendy – Anak Rozita Che Wan

Anak sulung kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ini mulai mencuri tumpuan warganet kerana sering memuat naik ‘ootd’ fesyen di samping penampilan fizikalnya yang sasa.

Pemuda ini dilahirkan pada 28 September 1996 dan pernah meraih pujian ramai apabila berjaya memperolehi keputusan cemerlang kesemua mata pelajaran A menerusi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 lalu.

View this post on Instagram

No you can’t say if I’m mad or not.

A post shared by Ammar Effendy (@ammareffendy) on

2. Andika Rees Pahamin – Anak Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman mempunyai tiga orang cahaya mata, termasuk sepasang anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Chempaka Emalin Pahamin.

Kini menginjak usia remaja, pasangan kembar berkenaan turut mendapat perhatian kerana ketampanan dan kecantikan mereka.

IKLAN

Malah setiap kali pelakon senior itu berkongsi foto bersama anak terunanya, pasti pengikut akan memuji ketampanan anak lelakinya itu.

Remaja itu juga turut mempunyai akaun Instagram sendiri dan setakat ini, akaun berkenaan sudah pun mempunyai hampir 39,000 pengikut.

View this post on Instagram

shr!!

A post shared by Andika Rees (@andikarees_) on

3. Aniq Asri – Anak Nash

Mungkin ramai yang belum tahu, penyanyi legenda, Nash turut mempunyai seorang anak lelaki yang tidak kurang tampannya.

Malah, remaja yang meminati sukan bola sepak ini sedang mengejar impian untuk bergelar pemain profesional suatu hari nanti.

IKLAN

Lebih membanggakan, dia turut mendapat perhatian dan dilamar akademi bola sepak, FC Malaga City. Sebelum ini, Aniq merupakan salah seorang pemain untuk belia UiTM FC dalam saingan liga tempatan.

4. Aaron – Anak Azah Aziz 

Anak sulung kepada aktres popular 90-an, Norazah Aziz, iaitu Aaron juga pernah menjadi tular di Malaysia dek ketampanan yang dimiliki pemuda itu.

Berusia 24 tahun, Aaron mencetuskan sensasi di kalangan pengguna media sosial negara ini apabila dikatakan mempunyai iras penyanyi antarabangsa, Enrique Iglesias.

Selain Aaron, Azah turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Brian, 17 dan Justin 14 tahun hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Daud Leroy Abdullah.

IKLAN
View this post on Instagram

Ryan 17th Birthday 🎂🥰

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on

5.  Ian Haziq – Anak Jasmin Hamid

Turut aktif dalam dunia lakonan, anak teruna Jasmin Hamid, Ian Haziq juga tidak kurang tampan sekaligus meraih perhatian ramai.

Selain aktif bersukan, dia pernah membintangi drama berjudul Patah Sayap Bertongkat Paruh iaitu antara drama terawal lakonannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI