Mengimbau kembali zaman bergelar pelajar, pelakon Nad Zainal berkongsi pengalaman manis sepanjang menimba ilmu di Aswara.
Jelasnya, berada di Aswara membuatkan di terasa seperti berada di rumah sendiri.
Walaupun ada yang menyifatkan pergaulan sesama lelaki dan wanita tidak ada batas, namun bagi pelakon hebat ini, ia adalah erti hubungan adik beradik.
“Semalam umpama walking down a memory lane.
“Sepanjang dalam kereta menuju ke Aswara, saya dan Faliq rupanya ada cerita yang sama, bagaimana kami lebih suka habiskan masa di Aswara berbanding di rumah.
“Kami tak suka ke mall.. habis kelas pun masih tak reti nak balik.. Bukan our second home, kami rasa ia lebih kepada our HOME
“Kenapa? Bila di Aswara, kami rasa begitu selamat, ada yang kata lelaki dan perempuan bergaul umpama tiada batas.
“Bagi saya.. kami umpama adik beradik.. jarang pula dengan kes pelajar wanita rasa terancam dengan mata-mata nakal pelajar lelaki.. kami bebas berbual, mereka umpama abang yang sentiasa menjaga kami tatkala ke pasar JKR, umpama bodyguard,” tulisnya.
Malah tambah Nad lagi, dia begitu merindu zaman mendalami naskah dan menghafal lirik bersama rakan kuliah.
“Bergaduh dan drama itu pasti.. tetapi, akhirnya pasti bersatu kembali, orang seni ni outspoken, jika tak suka, dia hambur depan-depan, telus.. no “konar-konar”
“Bila di dalam “rumah” ini telinga kau sentiasa dapat menangkap irama-irama indah.. bunyi gitar.. piano.. gamelan.. tak pernah sunyi.. Ibarat pesta, namun tiada yang bersondol-sondolan.. Guru dan anak murid akrab seperti rakan.. takperlu berpakaian formal, bertali leher. Namun perasaan hormat masih tinggi.. bukan lagi seperti guru.. cikgu dianggap sebagai ibu dan bapa.. Jadi.. bila pulang ke “rumah”, seperti ternampak diri yang dah lama hilang.
“Semangat yang hampir pudar.. kerana kini tiada lagi “Nadia, jom ke library kita study naskhah ni” , “Neddy, dah hafal skrip?, jom tolong aku kita dua cuba hafal sama-sama”, “Nadia, jom ke bilik wardrobe collect foundation untuk budak-budak”… Sekarang cuma ada “Nad berapa jumlah followers…” Aswara … aku rindu kau,” luahnya lagi.
Foto : Instagram Nad Zainal