Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mengakui dirinya berasa agak kurang senang melihat pandangan dan stigma sesetengah masyarakat mengenai pasakit Covid-19.

Menurut Radin, ada di antara mereka dihalau keluar dari rumah termasuk ada yang telah dipulaukan.

“‘Positif Covid 19 Bukan Penjenayah’. Kini terlalu ramai masyarakat yang sudah terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19 sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah.

“Keluarga dan kenalan terdekat pesakit covid19 pun terkesan apabila dipulaukan oleh masyarakat,” tulisnya.

Ads

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.

Dalam pada itu, Radin turut menyeru orang ramai agar mengubah tanggapan mereka terhadap pesakit Covid-19 kerana perkara seperti ini adalah diluar kawalan dan jangkauan manusia.

Malah, penyampai radio Era itu turut menitipkan ucapan terhadap rakan artis, Alif Satar yang ketika ini sedang menjalani rawatan pemulihan Covid-19 di Hospital Besar Negeri Melaka.

Ads

“Kini, tiba masanya masyarakat membuka mata dan *stop jadi negatif*, malah sepatutnya masyarakat beri sokongan moral kerana tiada siapa yang minta untuk terkena pendamik ini.

“Jangan pinggirkan mereka, mereka perlu sokongan kita! Speedy recovery bro @alifsatar & semua pesakit Positif Covid 19,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut menyifatkan pesakit Covid-19 ini amat memerlukan sokongan moral orang sekeliling.

Ads

Dalam perkembangan lain, Radin difahamkan baru sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka francais servis khidmat penghantaran miliknya sendiri.

Sumber: Instagram Radin Era

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI