“Ada Yang Komen Saya Memperdagangkan Agama Antara Kehidupan Peribadi & Bisnes Tudung,” – Zara Zya

Share

Pelakon jelita, Zara Zya mula mengenakan hijab sejak September lalu yang sekaligus menerima reaksi positif peminat.

Bagaimanapun, tindakan murni pelakon itu turut mendapat kritikan dan kecaman segelintir netizen, lalu melontarkan spekulasi sendiri.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia mengakui ada segelintir pengguna media sosial yang menuduhnya memperdagangkan agama apabila menjalankan perniagaan tudung selepas mula mengenakan hijab.

Jelasnya, dia sebolehnya mahu berubah ke arah yang lebih baik tanpa membabitkan mana-mana pihak mahupun perniagaan yang dijalankan olehnya.

“Selamat Petang Kesayangan Semua Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain

“Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya, sampaikan ada netizen yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat.

“Kalau nak diikutkan, sejak 2015 lagi saya mula jual tudung dan sekarang saya mulakan balik business ni dengan nafas baru yang lebih fresh,” jelasnya.

Zara pada masa sama turut menambah, dia memohon maaf atas kekurangan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Dan yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain.

“Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye.

“Anyway, enjoy lah tengok video tutorial @zarazya.scarfz yang tak seberapa ni okay,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang dikongsi.

Video: Instagram Zara Zya

Published by
Nazar Rafiqhi