Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon kacak, Idris Khan yang sering menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air.

Baru-baru ini, bintang ini ada menitip kata-kata nasihat menerusi akaun Instaram miliknya.

Menerusi posting tersebut, Idris menasihati agar peminat sentiasa memiliki sikap bersyukur dan merendah diri.

“Di-kala kita mengeluh dan merungut tentang hidup dan masalah kita, ingatlah, ada yang lebih susah daripada kita.

Ads

“Sentiasa syukur, hidup dalam keadaan syukur yang menyeluruh di setiap aspek kehidupan kita.” Mampukah kita untuk menempuh hidup seperti En.Siva kalau kita diuji sebegitu?

“Tapi dia tetap tabah, percaya dan sabar, “Allah Maha Pengasih & Penyayang” kata2 tersebut kerap diulang En.Siva.

Ads

“Jadi sentiasa beringat, syukur dan jangan pandang serong golongan ini, kerana mungkin hati mereka lebih mulia dari kita. Bila kali terakhir kamu..SYUKUR?,”#Syukur #NoRacism,” tulisnya.

Ads

Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh pelakon berusia 31 tahun itu.

“Ada Yang Lebih Susah Daripada Kita,”- Sentiasa Bersyukur, Idris Khan Titip Kata Nasihat

Foto: Instagram Idris Khan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI