Kebelakangan ini, golongan selebriti pasti tidak terlepas daripada menerima pesanan ‘mengarut’ dari pengguna media sosial hingga ada kalanya ia boleh memudaratkan.
Ditanya mengenai hal tersebut, pelakon Geng Mak-Mak, Fatin Afeefa misalnya, dia turut tidak terlepas daripada menerima direct messages (DM) menerusi Instagram terutamanya dari golongan lelaki.
Malah kongsinya kepada MH, di dalam pelbagai mesej yang diterimanya, dia tidak menafikan ada yang berbentuk ‘merepek’ dan berunsur lucah.
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini lebih senang untuk tidak ambil pusing.
“Saya akui banyak terima DM (Direct Message) dari peminat terutama kaum lelaki.
“Ada juga yang komen merepek, komen lucah dan saya rasa baik saya abaikan dan tekan button decline. Bila saya refresh, pasti akan masuk DM baru balik.
“Kadang-kadang mereka ini saja nak main-main. Malah, ada juga yang hantar pesanan memberitahu ada yang sedia jadi papa kepada anak-anak”, jelas Fatin lucu.
Sebaliknya, dia lebih sebang andai pengurus yang mengendalikan teks-teks sedemikian.
“Apapun, saya ada minta pembantu untuk tapis semua DM dan serahkan padanya untuk kawal apa yang patut.
“Hanya perkara melibatkan kerja sahaja, saya akan bagi respon,” kongsi Fatin jujur.
Foto: Instagram Fatin Afeefa, Tuan Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI