Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher tampil menjelaskan kekeliruan di kalangan netizen berhubung video perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi.
Menurut Dr Mustafa atau sinonim dengan sapaan Pak Long, saiz kantung perut tidak boleh diukur dengan saiz fizikal seseorang.
Ehh ingat kalau korang kurus sihat sangat ke? Tengok ni ada yang kurus badan, tapi perut dia besar lepas tu macam2 sakit ada.
Credit video Instagram Dr. Mustafa: https://t.co/3vtKXzNrqI pic.twitter.com/TRAvxAoeJO
— perols. (@Afirhuls) October 12, 2021
Malah video sama turut dikongsikan pengguna Twitter @Afirhuls bagi merungkaikan perdebatan di kalangan pengguna media sosial lainnya.
“Ehh ingat kalau korang kurus sihat sangat ke? Tengok ni ada yang kurus badan, tapi perut dia besar lepas tu macam2 sakit ada.
“Ok so aku tengok ramai sangat yang tak puas hati pasal size perut tu kan hahdkakskaks ok so ni adalah penjelasan dari Dr.Mus,” tulisnya.
Sementara itu di dalam satu kapsyen panjang, Dr Mustafa mengulas mengenai realiti yang berlaku dalam konteks kesihatan.
View this post on Instagram
“Salam semua. Pak Long terkejut juga bila Assistant Pak Long @rafeahariffin inform video Pak Long jadi viral kat Twitter.
“Ramai yang tak puas hati cakap tiga-tiga perut tu perut besar, atas 100kg, kena kecam sebab semua perut tu perut orang yang obes. Tapi ada juga yang sokong, ada jugak yg samakan perut dgn makanan viral tong mo tu, macam-macam netizen ni.
“Biar Pak Long explain. Ada yg tanya kenapa tiga-tiga perut tu nampak mcm sama je. Apa yang Pak Long tunjuk adalah contoh. Actually, kalau tgk secara dekat, perut yang 101kg bersaiz lebih besar.
“Realitinya pula skrg, ada yg berat badan cuma 60 atau 70 kg tapi kantung perut tu lagi besar dari org berat 100 kg. Bahaya tu!
“Selalunya kita ambil kira kombinasi berat badan & ketinggian (BMI). Bacaan BMI mempengaruhi ye. kiraan dari segi BMI, mengukur tinggi dan berat, paling ringan itu secara luaran nampak kecik mungkin kerana dia sgt tinggi orangnya,” jelasnya.
Dr Mustafa pada masa sama turut mendedahkan, saiz perut tidak boleh diukur secara fizikal melainkan melalui kaedah pembedahan.
“Ada juga yg tanya, kenapa ada yg makan banyak, tapi kenapa berat badan masih maintain tak naik. Perkara Ini dipengaruhi dengan cara makan, waktu makan, jenis makanan, lifestyle, dan banyak faktor sebenarnya.
“Kemudian ada yg tanya mcm mana nak ukur perut sebenarnya. Mmg tak boleh nak ukur perut secara fizikal. Cara seperti X-ray or CT scan boleh tengok size tapi hanya agak2 sahaja, the actual size tu tak dapat diketahui. Hanya ketika pembedahan, barulah dapat tahu, ketika itu akan dilakukan measurement.
“Harap jawapan Pak Long dpt membantu mereka yg tak faham. Jadi, cost pembedahan bukan tertakluk kepada berat badan seseorang. Kurus ke plus size ke, semua kena check dulu dan Pak Long charge pun package price tak pakai timbang kati ya,” tulis Dr Mustafa yang pernah membuat rawatan bariatrik kepada pelawak Angah Raja Lawak dan penyanyi Aisyah.
View this post on Instagram
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali di kalangan pengguna Instagram.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI