“Ada Yang Tak Balik Jumpa Mak Ayah, Isteri, Suami, Anak-Anak Lebih Sebulan,” – Khai Beri Sumbangan Buat Frontliner & Keluarga Susah

Share

Penyanyi dan usahawan, Khai ada memuat naik ucapan penghargaan buat para petugas barisan hadapan yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohammad Wahi, orang ramai sepatutnya berasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga sedangkan ada petugas ‘frontliner’ ini yang langsung tidak dapat pulang ke rumah hampir sebulan.

“Bersyukurlah kita duduk rumah disamping keluarga tercinta.

“Mereka yang bertugas ketika ini ada yang tak balik jumpa mak ayah, isteri, suami, anak-anak lebih sebulan dah. Allahuakbar.

“Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan mereka yang berkhidmat dan berbakti untuk negara dan masyarakat,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh Khai menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, menerusi ruangan IG story, naib juara Akademi Fantasia musim pertama ini juga ada berkongsi beberapa foto dirinya sedang mempersiapkan barangan keperluan asas untuk disumbangkan buat keluarga yang memerlukan.

“Selesai buat 15 buah keluarga di hari yang mulia ini.

Selain itu, suami kepada penyanyi, Rosmah itu turut dilihat sempat mengagihkan bantuan makanan buat para petugas barisan hadapan.

“Khidmat dan bakti mereka sangat besar pada negara dan masyarakat.

“Ya Allah Engkau permudahkanlah urusan mereka. InsyaAllah. Amin,” kongsinya.

Sumber: Instagram Khai Rosma

Published by
Aizam Manaf