Penyanyi, Faizal Tahir menyifatkan dirinya mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak berkongsi sebarang foto bersama keluarganya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Menurut Faizal, pada ketika ini, dia lebih memikirkan mengenai nasib saudara mara Islam di Palestin berbanding mempunyai gambar raya yang sempurna.
“Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang gambar saya menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.
“Sebenarnya saya lebih risaukan mengenai apa yang berlaku kepada saudara mara kita di Palestin berbanding untuk mengambil gambar yang sempurna untuk dimuat naik di Instagram yang mana ia kurang penting buat saya pada masa ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Assalamualaikum Dunia itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Faizal mendedahkan dia tidak menganggap perbutan tersebut sebagai satu kesalahan namun bagi dirinya ketika ini bukanlah waktu yang sesuai.
“Tapi saya tak anggap perbuatan tersebut adalah salah untuk dilakukan.
“Silalah bergambar kerana ia juga merupakan sesuatu yang baik lebih-lebih lagi apabila ia juga boleh mendatang kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
“Cuma pada ketika ini saya ada perkara lain yang harus difikirkan. Nanti bila sudah tiba masanya, saya juga akan berbuat sedemikian,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menghormati keputusan tersebut selain turut menitipkan doa buat seluruh warga Palestin yang ketika ini sedang dilanda musibah.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tom Jelaskan Kekeliruan Bersalin Tanpa Suami Di Sisi; “Saya Sendiri Yang Lari Dari Rumah, Ego…”
Penyanyi Tom tampil menjelaskan secara terperinci mengenai kenyataannya sebelum ini yang terpaksa bersalin anak ketiga sendirian di Langkawi, Kedah tanpa ditemani suami di sisi.
Tom, 36, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, dia bukan ditinggalkan suami sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya, keputusan tersebut dibuatnya sendiri susulan tidak mahu terus terbelenggu dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi.
“Saya tidak menafikan hubungan saya dan bekas suami ketika itu bermasalah. Jadi saya sendiri yang buat keputusan untuk meninggalkan rumah.
“Ketika itu masing-masing pun ada ego. Jadi sewaktu proses melahirkan anak ketiga, saya bersalin seorang diri di hospital.
“Bukanlah dia (suami ketika itu) yang meninggalkan saya. Sebaliknya saya yang berbuat demikian, tinggalkan dia,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini kepada MH.
Tom yang kini sedang bersaing di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) turut memberitahu, dia sendiri cuba untuk mengatasi kekurangan dalam diri.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Tom cuba menjadi insan yang lebih baik di samping dua anak kandung yang dijaga.
“Jujurnya saya seorang yang kalau ada masalah, saya yang akan pergi, lari. Saya pernah berkahwin tiga kali dan setiap kali ada masalah, saya akan lari jauh-jauh.
“Susah juga, saya seorang yang sukar untuk memberikan peluang. Sekali buat salah ‘good bye’.
“Tapi saya tidak nafikan, ia mungkin antara masalah sendiri hingga menyebabkan jodoh perkahiwnan itu tidak panjang.
“Pada masa sama, saya juga mudah untuk sayang seseorang, atau sebab tak terlalu mengenali menyebabkan perpisahan terjadi.
“Saya tidak gemar bercinta lama-lama. Kalau mahu teruskan, ke fasa yang serius. Malah bila saya di samping seseorang, saya akan terlalu menyayangi, hingga kadang-kadang ia makan diri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Tom mula mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun.
Bagaimanapun selepas mengalami tiga keruntuhan rumah tangga dalam tempoh lapan tahun, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya membesarkan dua cahaya mata lelaki, Putera Edler, 9, dan Putera Evans Ezra, 7 tahun.
Anak pertamanya, Megat Ariel yang kini berusia 14 tahun bagaimanapun tidak dibesarkan Tom.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mengalir Air Mata…,” – Nora Danish Panjat Rasa Syukur Khatam Al-Quran Pada 9 Malam Terakhir Ramadan, Sedekahkan Buat Arwah Bapa
Nora Danish meluahkan rasa kesyukuran apabila berjaya khatam Al-Quran pada sembilan malam terakhir Ramadan.
Lebih syahdu, ibu kepada dua cshaya mata itu menjelaskan, ia adalah sebagai sedekah buat arwah bapa.
“Ya Allah. Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan.
“SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.
Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah.
“Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun. Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini.
“SesungguhNya Allah Maha Penerima.
InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok,” jelas pelakon berkenaan.
Tambahnya lagi, mungkin ia mudah bagi setengah individu namun berbeza buat dirinya.
Jadual padat agak sukar baginya meluangkan masa dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menjadi asbab utama dia berjaya melangsaikan niat.
“Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat.
“Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital penAl-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa.
“Jadi nya, saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula start mengaji. Aturan Allah. Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO, lagi berkobar jiwa raga ini.
“Thank u babe, u pendorong semangat I.
“Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik.
“Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.
“Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini.
Allah Maha Mendengar.
“Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini.
“Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta. Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari, Ada hikmah MCO ini Bagi saya.
“Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada dugaan. Next, terjemahan,” jelasnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on
Foto : Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Memikirkan Hal Ini,” – Bila Ada Netizen Puji & Pertikai Bob Yusof Nyanyi Lagu Anta Permana, Ini Komen Tuan Badan!
Seperti yang sedia maklum, lagu Anta Permana nyanyian Datuk Siti Nurhaliza telah berjaya mara ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik yang ke-34.
Bagaimanapun, lagu tersebut telah disampaikan penyanyi Bob Yusof dalam saingan Separuh Akhir kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.
Menurut Bob, dirinya akui rasa sangat gementar untuk menyanyikan lagu hits dari penyanyi terkenal itu dan pastinya, ia bukanlah satu perkara yang sangat mudah.
“Selepas selesai persembahan, saya tetap gemuruh. Saya rasa gemuruh tu sampai ke sudah sebabnya saya diberikan tugas mengalas lagu Anta Permana, yang nama penyanyinya cukup besar dan bukan calang-calang orangnya.
“Malah, tugas tersebut juga berat buat saya. Apa pun, saya cuba untuk menjayakan atau menyampaikannya dengan baik,” kata Bob kepada MH.
Dalam ramai yang suka, tak kurang yang turut memberikan reaksi sinis terhadap Anta Permana di tangan Bob.
“Ketika perbincangan saya bersama Tok Ti dan pencipta lagu, Hael Husaini serta juga Ezra Kong saya sudah memikirkan hal ini dan saya tahu akan menerima kritikan yang baik atau buruk dari netizen. Sudah pasti akan ada kecaman.
“Tak semua orang akan suka dengan kita, akan suka dengan persembahan kita. Sudah pasti orang akan mempertikaikan kenapa saya yang nyanyi lagu tu dan sebagainya.
“Kepada mereka yang mengkritik, saya tak salahkan sesiapa pun. Saya tidak boleh nak puaskan hati semua orang, itu lumrah manusia. Saya tak ambil hati pun.
“Kadang-kadang apa yang mereka kritik itu ada betulnya juga. Jadi tak salah untuk mereka kritik sebab saya rasa kritikan itu boleh memperbaiki diri saya di masa akan datang,” luah Bob.
Pada masa sama, Bob juga tidak menafikan akan tekanan yang dihadapi.
“Besar tekanannya. Akan tetapi hal tersebut saya letak tepi, cuba bawakan lagu ini dengan cara sendiri.
“Akan tetapi saya sendiri sudah pun minta izin dengan pencipta serta penyanyi lagu itu sendiri. Cuma saya tidak ketepikan ‘originality’ lagu tersebut. Hanya ‘rasa’ lagu itu saya dapatkan daripada Siti juga.
“Terus-terang saya cakap, dalam seminggu dua ini saya sangat takut… Tuhan sahaja yang tahu bagaimana untuk saya berdepan orang ramai dalam menyampaikan lagu tersebut.
“Kalau ada yang memuji pula, saya hanya boleh cakap alhamdulillah dan terima kasih,” katanya yang mengakui memdapat pelawaan untuk membawakan lagu tersebut kira-kira tiga minggu lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI