Uncategorized

‘Ada yang Tiada Adab Menegurku’ – Johan As’ari Luah Rasa Sedih

Share

Salah orang selalunya kita nampak tapi kita sendiri mungkin tak perasan yang diri sendiri juga ada melakukan salah.

Itulah lumrah kehidupan manusia yang suka melihat dan mengata kesalahan orang lain seolah-olah diri sendiri suci dari dosa.

Baru-baru ini MH terlihat satu posting pelakon popular, Johan As’asri di Instagram yang meluahkan rasa sedih kerana kesalahnnya ditegur secara terbuka oleh segelintir peminatnya di media sosial.

“Aku terima teguran namun tetapi aku amat sedih dengan pengikut-pengikut ku di sini ada yang tiada adab menegur ku salah itu salah ini dalam bacaan secara terbuka. Guru ku tidak ajar ku untuk hilang adab. Guru ku ajar ku berkasih sayang. Alhamdulillah aku semakin rajin mengaji Al-Quran. ▫▫▫video hasil dari rakam dari studio guru saya Sheikh @abdulkarimalmakki ????❤❤❤??,” tulis Johan pada postingnya.

Apa yang MH dapat lihat di ruang komen posting Johan ini, rata-rata peminatnya memuji bacaannya mengaji Al Quran malah turut memberikan kata-kata positif kepada Johan untuk tidak memikirkan sangat dengan komen negatif.

ifmadammouseille: Masyaallah tabaarakallah…sedap bacaan surah alrahman…adab menegur perlu ada bkn dkhalayak ramai itu memalukan namanya…tk mengapa mereka tk tahu apa itu adab maka diam ada ganjaran dari Nya dan bergaullah dgn penjual minyak wangi kelak wangi itu akn tempias sedikit sebanyak @johanarrif wallahu a’lam bithawwab

norhaslinda_maktar: Setiap ayat-ayat Al Quran yg keluar dri mulut seseorang itu lebih mulia dripada mulut-mulut org yg mengeluarkan kata-kata yg tidak baik, malah lebih hina… hina bagi dirinya.

salim_japaran: Terbaik bacaannya, cuba improve lg terutamanya dri segi tajwid, sebab salah tajwid maksud ayat jdi beza. Bila diperlihatkn pd umum, tajwid tu kena jaga betul. Insha Allah, permulaan yang bro.. Semoga hidayah Allah akan sentiasa bersama kta semua

harnieys: Alhmdulillah…artis sllunya jdi ikutan buat peminat …so klu artis bisa ngaji..pminat pom trut gemar mengaji nanti?….

Bagi MH tidak salah untuk menegur kesilapan orang lain namun ada cara yang betul agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Sumber: Instagram Johan As’ari

Published by
Izzati Ramli