Usahawan kosmetik dan penyanyi, Cheta Potpet tidak menafikan ada tanggapan warganet yang mendakwa suaranya telah ‘dioutotune’ sejurus muncul dengan single sulung Aku Yang Kau Mahu.
Menurut Cheta, 35, atau nama sebenarnya Rozita Bahrom, dia merakamkan lagu berkenaan atas dasar minat sekaligus menonjolkan bakat dimiliki.
“Kalau tengok di ruangan komen YouTube Rusa Music tu memang ada tulis ‘bolehlah dia ni banyak duit, jadi memang autotune’, ‘standard lah pengasas produk kan macam tu’.
“Tapi bagi saya, ia bergantung sebab itu duit sendiri dan masing-masing boleh buat apa yang dia nak dengan duit itu. Apa yang penting orang minat kita sebab itulah aura kita.
“Saya boleh menyanyi dan ada suara. Baru-baru ini saya ada buat persembahan. Saya dulu menyanyi dengan ‘live band’ bersama kumpulan Tribute Crew. Tiga tahun lebih menyanyi di kelab.
Ads
“Antaranya di Hard Rock Penang, majlis, tapi tak adalah pada acara besar sangat. Kadang-kadang gantikan orang sahaja. Pernah juga menyanyi dengan Shidi DATA,” katanya.
Che Ta yang juga pengasas produk Secret Desire mendedagkan, dia pada awalnya bercita-cita mahu menjadi penyanyi hingga pernah menyertai uji bakat program Akademi Fantasi musim keempat.
“Saya boleh menyanyi secara langsung dan tak segan sebab sudah pernah buat persembahan. Cita-cita memang nak jadi penyanyi tapi tak boleh nak ke depan dengan bidang ini.
Ads
“Saya pernah pergi uji bakat AF 4. Masuk peringkat kedua tapi terkeluar sebab suara tak matang lagi masa tu. Tapi selepas itu saya teruskan menyanyi dan rasa syok sendiri sebab ramai kata boleh menyanyi.
“Sebab itu apabila sudah ada duit, saya rasa nak buat single. Jadi kita penuhi cita-cita dengan duit sendiri. Alhamdulillah,” katanya.
Tayangan drama bersiri terbaharu Cina Buta yang diarahkan Shahrulezad Mohammedin terpaksa ditangguhkan buat kali kedua.
Sepatutnya drama itu memulakan tayangannya pada malam ini (Rabu) menerusi saluran Astro Ria.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Shahrulezad atau Budak Ijat mengatakan dia mengetahui punca kenapa drama itu terpaksa ditangguhkan tayangannya, sebaliknya digantikan dengan drama Dia Yang Ku Jadikan Suami.
Dalam entri itu juga, Ijat berkata perkara itu bukanlah menjadi keutamaan buat masa sekarang, sebaliknya dia lebih risaukan keadaan pelakon utama Cina Buta, Nad Zainal yang kini masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
“Assalamualaikum semua. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, we have to push tayangan untuk drama Cina Buta untuk kedua kalinya.
“Tarikh baru akan diberitahu kelak. Maaf atas segala kesulitan dan kami berterima kasih atas kerjasama semua. Harap terus bersabar ya.
“Jangan tanya abam sebabnya apa ya. Abang lagi risaukan keadaan Nanad (Nad Zainal) sekarang. Mohon doa daripada semua orang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penceramah Ustaz Ebit Lew ada membeli kira-kira 10,000 ‘face mask’ atau penutup muka dari beberapa peniaga bagi tujuan diagihkan kepada orang ramai.
Perkara itu dikongsikan Ebit menerusi satu status yang dimuat naik pada Sabtu di laman Facebook rasminya.
Puas mencari keperluan berkenaan ketika negara sedang dilanda krisis COVID-19, akhirnya urusan tersebut dipermudahkan apabila Ebit berjaya membeli, meski harganya berbeza dari kebiasaan.
“Puas fikir nak cari mana bila dengar banyak mask dah tiada. Semua tugas utama yang perlu berada di jalan, banyak restoran, kedai-kedai dan bahagian sokongan, kerja bank-bank. Saya sendiri puas cari mask tak dapat lama dah. Tanya sana sini. Ramai tanya saya.
“Akhirnya saya dapat beli 10 ribu mask dari beberapa orang yang menjualnya. Walau harga lebih dari biasa. Takperlah. Syukur saya dah hadiahkan pada yang minta pada saya sebelum ini.
“Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah,” tulisnya.
Ebit turut memaklumkan, penutup muka itu sudah pun diedarkan ke beberapa buah lokasi.
“Tadi dah guna khidmat bungkusit edarkan pada beberapa tempat. Ada adik kerja tu datang tak pakai mask pun. Ya Allah bahayanya adikku. Saya hadiahkan juga padanya. Keadaan terdesak sekarang.
“Sebab jika ke hospital pun nak dipilih untuk disaring memang susah. Semoga Allah selamatkanlah kita semua. Pulihkan keadaan ini.
“Pohon doa yer semua rider adik ni semua selamat menghantar ke semua tempat. Ya Allah terimalah sedekah hadiah ini jadi asbab hidayah.
“Jika ada sesiapa ada mask banyak boleh bagitahu. Ramai lagi nak mask. Semoga dimudahkan ya. Siapa ingin infak- Cimb 8603546376 (Pertubuhan Kasih Umat Malaysia),” jelasnya lagi.
Terdahulu, Ebit turut bersama-sama membantu dengan menghulurkan pendingin hawa untuk dua buah hospital selain memberi sumbangan makanan baru-baru ini ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Foto: Fabebook Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...