
AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita tahun ini lebih meriah dengan kehadiran selebriti popular seperti Zur Eda, Liza Abdullah, Irma Hasmie, Elliza Razak (Bintang AF), Maulana (Bintang AF), dan Kapten Amai.
Mereka bukan sahaja bakal menghiburkan pengunjung, malah turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik seperti sesi Meet & Greet, demonstrasi masakan, serta perkongsian pengalaman Ramadan mereka.
Ini pastinya menambah keterujaan kepada pengunjung yang ingin merasai kemeriahan Ramadan dengan lebih istimewa.
Acara ini dianjurkan bersempena Sambutan Ulang Tahun AmBank ke-50, dengan tema “Malaysia Kita”, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan serta komuniti perniagaan tempatan.
AmBank terus komited menyokong perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro dengan menyediakan platform untuk mereka memperkenalkan produk fesyen, makanan, dan kraf tangan kepada lebih ramai pelanggan.
Lebih daripada 50 gerai jualan disediakan di The Street, the Curve, Mutiara Damansara dari 28 Februari hingga 29 Mac 2025, menjadikan acara ini pusat sehenti bagi persiapan Hari Raya.
Port Berbuka & Aktiviti Menarik
Selain menjadi tempat membeli-belah persiapan Syawal, AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita juga merupakan lokasi berbuka puasa yang santai dan menarik.
Pelbagai juadah berbuka disediakan dalam suasana nyaman, menjadikannya tempat ideal untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagi memeriahkan lagi acara, pengunjung boleh menyertai Pertandingan Selfie & Menang Raya, hanya dengan mengambil gambar kreatif di festival ini dan berkongsi di media sosial untuk berpeluang memenangi hadiah menarik!
Selain itu, Bintang Rentak Lebaran turut diadakan sebagai platform pencarian bakat bagi penyanyi yang ingin menampilkan kebolehan mereka dalam menyampaikan lagu-lagu Hari Raya.
Dengan pelbagai aktiviti menarik, AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita pasti menjadi destinasi utama warga kota untuk menikmati suasana Ramadan dan Syawal yang penuh kegembiraan serta semangat kekitaan!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI