
Perkongsian terbaru penyanyi, Mawi membawa makna yang cukup besar, iaitu bagaimana seharusnya adab memberikan ciuman terakhir kepada jenazah.
Dimaklumkan bahawa Kelas Pengurusan Jenazah ini diadakan di kediaman Mawi.
Memperlihatkan dua contoh terbaik menyantuni jenazah, jelas ustaz yang berkongsi ceramah, terdapat dua kaedah terbaik mengucapkan selamat tinggal iaitu daripada sisi dan belakang kepala.
Apa yang penting, kedua-dua tangan haruslah menyentuh jenazah dan ciuman diberikan di bahagian dahi dan pipi tanpa menggerakkan si mati.
Jelas tenaga pengajar yang dikenali sebagai Haji Zainal, seelok-eloknya jenazah tidak digerakkan sewaktu memberi ciuman selamat tinggal, sebaliknya insan yang masih bernyawa harus bergerak mengikut posisi si mati.
Foto : Instagram Mawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akhirnya Aliff Syukri Pasrah…Ikan Ribuan Ringgit Masuk Kuali, Harga Cecah RM1k Kalau Ada Nak Merasa

Selepas sedih atas kematian ratusan Ikan Kelah yang dibelanya beberapa hari lalu, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya siang ikan berkenaan untuk digoreng sebagai hidangan.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Abang Nak Tegur ini menerusi IG TV yang terkini.
Sempat bertanya sama ada pengikut pernah merasa makan ikan semahal itu, gelagat usahawan terbabit yang sedang menggoreng ikan sambil disaksikan anak angkatnya, Aminah cukup menghiburkan.
“Akhirnya abang pasrah, hati abang sakit ramai yang menghina abang dan kejam terhadap ikan abang.
“Abang tak sanggup makan ikan ini, dah bela hampir dua tahun orang cakap ikan ni harga dia beribu ribu ringgit tapi abang terpaksa.
“Sekarang ini abang ada simpan untuk sesiapa yang nak merasa kesedapan ikan abang boleh dm abang harga seekor rm500- RM 1000 sahaja. Ada minat nak rasa dm abg ok,” tulisnya.
Terdahulu, ketika insiden tersebut berlaku, dia turut mendedahkan alami kerugian lebih RM300,000 lantas menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri.
Kata Vida, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menjaga dan menternak ikan air tawar itu.
Aliff bagaimanapun memberitahu apa yang berlaku adalah berpunca dari sebab lain, bukan kerana kualiti air, menempatkan kawanan ikan yang terlalu banyak dalam sesebuah kolam dan sebagainya.
Malah Aliff turut merakam video kolam ikannya secara langsung sebagai bukti menerusi IG TV.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Buat Apa Sebab Saya Bancuh Sendiri,” – Syukur Raih ‘Job’ Pertama Selepas PKP 3.0, Amir RL Cuti Jual Air Minuman Sebulan

Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak (Amir RL) atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi mula bercuti dari berniaga air minuman yang diusahakan bermula kerana mempunyai komitmen penggambaran.
Menurut Amir, 32, dia rasa serba-salah terpaksa menutup gerai hari ini memandangkan dia tidak akan mempunyai masa untuk membancuh sendiri air minuman yang dijual.
“Rasa serba salah juga nak cuti sebab bila saya ‘update’ akan cuti, ramai pelanggan datang tanya bila hari terakhir berniaga. Ada yang beli lebih dari kebiasaan.
“Mereka (pelanggan) pun ada minta saya bagi orang lain jaga gerai sebab senang nak datang beli nanti. Saya tak boleh buat apa sebab air minuman itu saya yang bancuh sendiri.
“Saya ada dua pekerja, seorang jaga gerai dan seorang lagi tolong bancuh. Sebelum ini pun, yang tolong saya niaga adalah kawan kru penggambaran dan dia pun akan start ‘shooting’ cerita sama sekali dengan saya,” katanya memetik Harian Metro.
Difahamkan, Amir bakal menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan.
“Saya syukur alhamdulillah sangat-sangat sebab memang rindu dengan suasana penggambaran. Untuk ‘job’ pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, saya akan jayakan supertele bertajuk Hantu Mok Joh.
“Kebetulan lokasinya juga adalah di Kota Bharu. Alang-alang itu, saya terus balik tidur di rumah keluarga untuk lepas rindu, lagipun sudah lama tak balik ke kampung,” katanya.
Meskipun merancang cuma menutup perniagaan air minumannya selama sebulan, Amir tidak menafikan ia boleh berlanjutan sekiranya menerima lebih banyak tawaran seni dalam masa terdekat.
“Saya pasti merindui suasana berniaga dan pelanggan. Tapi, saya mungkin akan sambung cuti berniaga lagi memandangkan saya pun ada juga ejen minuman itu di Seksyen 4, Bangi.
“Pelanggan boleh ke tempat dia juga kalau teringin nak minum air jualan saya. Yang meniaga di sana itu pun adalah Azul iaitu pemain dram kumpulan Stings selepas tahun lalu dia menjadi ejen saya,” katanya.
Dia sebelum ini mencari rezeki menjual beberapa jenis air minuman di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang sejak PKP 3.0 sekitar Jun lalu.
Malah Amir turut memaklumkan perkara sama menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
Foto: Instagram Amir Raja Lawak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Benar-Benar Hasil Tangan,” – 3 Jam Solek & Lukis Badan, Aktres Indonesia Anya Geraldine Jadi Mystique Sempena Halloween

Bersempena sambutan perayaan Halloween baru-baru ini, aktres sensasi Indonesia, Anya Geraldine mencuri perhatian ramai apabila tampil mengenakan kostum daripada salah satu watak di dalam francais filem X-Men, Mystique.
Proses penghasilan kostum tersebut turut dikongsikan oleh Anya menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Menurut pelakon drama Layangan Putus ini, kostum tersebut bukannya bodysuit sebaliknya badannya itu telah dicat bagi menampakkan hasil yang lebih nyata.
“Untuk yang bertanyakan mengenai proses kostum ini, ia mengambil masa selama tiga jam untuk melukis dan solek.
“Yang bertanya adakah ini bodysuit atau body paint, ia body paint sayang tapi sudah tentu saya tutup bahagian sulit dengan pelekat dan ini benar-benar hasil tangan kerana ditampal satu per satu,” tulisnya.
Katanya lagi, pada awalnya dia agak risau dengan hasil akhir kostum tersebut namun, setelah selesai didandan, dia ternyata amat berpuas hati.
Pada masa sama, Anya turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah bertungkus lumus mempersiapkan dirinya didalam imej tersebut.
“Saya seronok sangat dengan hasilnya. Rasa berbaloi. Mula-mula risau juga kalau proses costum ini gagal tapi ternyata hasilnya terbaik.
“Ini semua berkat team aku yang berkerja sangat keras. Terima kasih team dan saya amat menghargai kalian,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut memuji kesungguhan Anya untuk mengenakan kostum tersebut.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 5.2 juta jumlah tontonan di Instagram.
Sekadar informasi, selain Layangan Putus, Anya turut membintangi drama-drama seperti Pretty Little Liars dan The Sexy Doctor Is Mine.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI