Perkongsian terbaru penyanyi, Mawi membawa makna yang cukup besar, iaitu bagaimana seharusnya adab memberikan ciuman terakhir kepada jenazah.
Dimaklumkan bahawa Kelas Pengurusan Jenazah ini diadakan di kediaman Mawi.
Memperlihatkan dua contoh terbaik menyantuni jenazah, jelas ustaz yang berkongsi ceramah, terdapat dua kaedah terbaik mengucapkan selamat tinggal iaitu daripada sisi dan belakang kepala.
Apa yang penting, kedua-dua tangan haruslah menyentuh jenazah dan ciuman diberikan di bahagian dahi dan pipi tanpa menggerakkan si mati.
Jelas tenaga pengajar yang dikenali sebagai Haji Zainal, seelok-eloknya jenazah tidak digerakkan sewaktu memberi ciuman selamat tinggal, sebaliknya insan yang masih bernyawa harus bergerak mengikut posisi si mati.
Foto : Instagram Mawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sangat Menyedihkan Sebab Saya Tak Tahu Lagi Bila…,” – Cinta Sejati Tak Lolos Ke Semi Final Muzik-Muzik, Ini Dilema Aiman Sidek
Komposer dan penyanyi Aiman Sidek berlapang dada meski sedih m apabila naskhah Cinta Sejati gagal berada dalam senarai semi final Muzik-Muzik 37 (MM37) seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Aiman menerusi hantaran yang dikongsikan di Instgram meluahkan, meskipun lagu tersebut menerima lebih 10 juta tontonan di YouTube selain dua juta pendengar di platform digital, namun ia tidak cukup bagi pengikut untuk mengundi di carta MM37.
“Impian terkubur again. Walaupun juara carta di beberapa radio, almost 10 milion views di youtube dan 2 milion listener di digital platform, cinta sejati tak ada undian di carta Muzik-Muzik.
“I dun have enough followers bila bersangkut tentang undian. Really dun know how to grow my followers supaya ada impak bila tentang undian.
“13 tahun mencuba berbagai cara, dan alhamdulillah this year Cinta Sejati akhirnya diterima. Panjang perjalanan. But still cannot make it to semi final.
“Its sad. Really sad. Sebab saya tak tahu lagi bila karya saya akan diterima seperti Cinta Sejati,” tulisnya.
Aiman pada masa sama mengucapkan terima kasih atas doa baik-baik serta titipan semangat yang diterimanya.
“Thank you yang DM doakan Cinta Sejati. Sangat hargainya. But the truth is saya tiada kuasa undian. In malaysia muzik, followers akan menentukan perjalanan kariermu. Sebab bila berkisar tentang undian, nescaya yang ramai followers akan berikan impak yang lebih besar.
“Alhamdulillah Cinta Sejati dapat menambat hati ramai pendengar. Dan hopefully 1 day dapat menambat hati pendengar untuk follow saya dan seterusnya undi saya di mana2 platform.
“Thank you again yang sentiasa support Cinta Sejati. Maaf kerana Cinta Sejati cannot make it to semi Muzik-Muzik. Jumpa untuk karya seterusnya,” tulisnyq lagi.
Terdahulu, karya berkenaan yang tular meluas di platform sosial media, terutamanya di TikTok gagal ke peringkat semi final MM37 bersama 30 karya lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saya Masih Lakukan Kerja Yang Mendatangkan Rezeki ‘Halal’ – Linda Rafar
Bekas anggota penyanyi kumpulan Elite Linda Rafar mengakui bahawa kerjaya seni miliknya masih berjalan seperti biasa, walaupun dilihat sering melakukan aktiviti melibatkan keagamaan.
Linda sekaligus menolak dakwaan bahawa kerjaya seni beliau semakin perlahan, walaupun jarang menghiasi kaca televisyen (TV).
Linda Akui Masih Aktif Berlakon Dan Menyayi
Linda yang juga isteri kepada pelakon, Syed Aiman berkata, dia masih berlakon dan memenuhi undangan nyanyian bersama adiknya, Diana Rafar.
Jelas Linda lagi, dia kini bergiat aktif melakukan kerja-kerja di belakang tabir.
“Saya mengusahakan syarikat produksi, Double Channel. Menerusi syarikat ini, kami telah lancarkan filem Janna Endoro, tahun ini.
“Selain itu, saya masih menyanyi dengan undangan membuat persembahan tidak pernah putus.
“Saya juga ada jayakan ‘show’ bersama Diana di Johor Bahru. Kami aktif, cuma tidak berkongsi dalam media sosial.
“Mungkin saya tidak mempromosi diri, jadi orang tak tahu,” katanya lapor BH Online.
Linda ‘Aktif’ Hadiri Usrah, Tadabbur & Kuliah Agama!
Selain itu, Linda turut mengiyakan dia sememangnya turut aktif menghadiri dan menganjurkan kuliah agama. Namun perkara itu tidak membataskan kerjayanya sebagai anak seni.
Ini demikian kerana, Linda menganggap bidang seni merupakan salah satu punca rezeki yang halal.
“Saya banyak terbabit dengan majlis agama, tetapi aktiviti seni masih ada. Saya ambil pendekatan seimbang.
“Secara jujur, saya lebih ke jalan agama, tetapi saya masih melakukan kerja yang mendatangkan rezeki halal,” ujarnya.
“Saya tahu had dan jaga batasan seperti pemakaian. Itu semua tiada masalah.
“Mungkin orang ingat saya tidak mahu berlakon. Hakikatnya, saya masih Linda Rafar yang dahulu, cuma penampilan saya berbeza,” jelasnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: BH Online & Instagram Linda Rafar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu
Pelawak dan penyanyi, Achey menyantuni hampir 600 buah rumah yang terkesan dengan bencana banjir di Terengganu, Mac lalu. Turut bersama-sama menggerakkan misi berkenaan ialah syarikat pengendali umrah, RS Megatravel Sdn Bhd (RS Megatravel).
Tidak mahu melihat penduduk di Kampung Bukit Mentok, Kemaman menyambut Ramadan dalam suasana hiba dan serba kekurangan, mereka tampil menyumbangkan barangan keperluan rumah yang sekali gus diharap dapat meringankan beban yang ditanggung.
Achey yang juga rakan niaga dan jurucakap RS Megatravel berkata, inisiatif terbabit dilakukan bagi memberi senyuman, lebih-lebih lagi ketika Ramadan bakal menjelang.
“Kami faham beban yang terpaksa mereka tanggung dalam waktu sukar seperti ini, lebih-lebih lagi kehadiran kami ketika itu nak dekat dengan bulan Ramadan.
“Walaupun air banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok sudah surut, tapi masih ramai yang memerlukan bantuan berikutan kawasan terbabit antara yang lambat untuk kembali pulih.
“Jadi kehadiran kami boleh dikatakan tepat kerana mereka menantikan bantuan daripada orang luar kerana sebelum ini kawasan terbabit tidak dibenarkan untuk masuk kerana keadaan yang belum pulih,” katanya.
Menerusi misi terbabit, mereka berjaya mengumpulkan barangan berupa tilam, sejadah dan telekung.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami untuk membantu dan kami dapat memberikan 600 buah tilam, 300 unit sejadah, 300 pasang telekung dan banyak lagi,” katanya lagi.
Ia turut disambut baik Pengarah Urusan RS Megatravel Sdn Bhd, Syamshul Aswad Jaafaar Siddik, yang mendedahkan jumlah bantuan yang dihulurkan bernilai lebih RM50,000.
“Syukur kerana nilai lebih RM50,000 ini dapat kami gunakan untuk membantu hampir 600 rumah yang terjejas. Selain memberikan servis terbaik bagi perjalanan umrah tanpa kos tersembunyi semenjak ditubuhkan pada 2021, aktiviti sebegini juga sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang kami buat untuk menyalurkan ke arah kebajikan.
“Berpegang kepada nilai kemurahan hati, ketelusan dalam pengurusan dan perkhidmatan dan keprihatinan dalam menyantuni para jemaah umrah dan haji, aktiviti seperti ini juga selari dengan misi dan objektif RS Megatravel.
“Kami juga gembira apabila Achey selaku rakan niaga dan jurucakap RS Megatravel sama-sama turun padang membantu mereka yang memerlukan.
“Selain memberi fokus terhadap kepada bisnes kami iaitu pengurusan haji, umrah dan ziarah serta pelancongan Islamik patuh syariah, Insya-Allah selepas ini akan ada lebih banyak lagi aktiviti CSR yang bakal kami lakukan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI