Penyanyi Baby Shima menjawab dakwaan terhadapnya yang dikatakan mempersendakan agama baru-baru susulan komennya terhadap penganjuran konsert di Malaysia baru-baru ini sebagai tuduhan berniat jahat dan berbaur fitnah.
Penyanyi lagu lagu Pura-Pura Bujang ini menjelaskan, dia hanya berkongsi pendapat peribadi mengenai hal tersebut, namun dipertikaikan sesetengah pihak.
“Saya sebut konsert secara umum. Konsert itu sebahagian daripada hiburan.
“Konsert Coldplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Di Malaysia ini pelbagai agama dan bangsa yang ada. Kita masyarakat majmuk.
“Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita merdeka. Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing,” katanya.
Shima turut menambah, pendapat yang dilontarkan menerusi media sosialnya itu hanyalah pandangan peribadi.
“Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan apa yang haram.
“Saya beritahu apa pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tiada tittle PU (Pencetus Ummah), saya tak boleh suarakan pendapat?
“Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap? Mana yang bab menghina agamanya?
“Namun tuduhan bahawa saya menghina agama, keluarkan fatwa, malah fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.
“Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert.
“Tiada keperluan menyerang saya membuta tuli. Janganlah kita rasa mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua pendosa,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Shima juga terbuka sekiranya ada pihak yang tidak faham terhadap apa yang disampaikan, boleh hubunginya secara terus.
“Alangkah baiknya jika pihak pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan.
“Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran bukan serangan tanpa usul periksa. Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam , sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” katanya.
Terdahulu persembahan kumpulan antarabangsa itu yang akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur, November depan menerima reaksi pelbagai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini