Menerusi laman Youtube Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi dan usahawan ini berkongsi cerita di sebalik duka pelakon senior, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.

Pelakon berusia 72 tahun ini meluahkan kesedihan apabila pertama kali disahkan mengidap kanser Rahim. Pada mulanya dia mempersoalkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga mendapat ujian maha berat dari Yang Esa, namun dia pasrah.

IKLAN

Apabila Mak Jah tahu mengidap kanser, pandangan terus gelap. Dalam fikiran sewaktu itu, jika kanser akan mati cepat. Di mana saya boleh dapatkan ubat doktor? Saya masih mahu melihat anak dan cucu saya. Saya belum banyak bekalan untuk dibawa ke sana nanti. Namun doktor menasihatkan agar terus bersabar kerana saya masih di peringkat pertama.

“Adakah kerana dosa-dosa saya mendapat penyakit ini? Rasanya saya tidak pernah membuat dosa yang dilaknat tuhan. Sepanjang hidup saya, saya menjaga anak-anak, mencari rezeki siang dan malam, namun mengapa saya diuji begini? “ jelasnya.

Malah, sehingga kini dia telah membelanjakan lebih RM60,000 bagi rawatan mengubat penyakit yang dialami. Sehingga kini, pajakan barang kemas masih berbaki RM17,000 dan belum ditebus.

IKLAN

Saya jangkakan kos perubatan dalam RM20,000 hingga RM30,000 namun rupanya lebih daripada itu. Saya berhabis lebih RM60,000 termasuk barang kemas yang masih belum ditebus sekitar RM17,000.

“Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak kerana mereka juga punya tanggungjawab terhadap keluarga. Saya tidak pernah meminta kepada anak-anak apatah lagi orang luar. Namun apabila jadi begini, apakan daya.

“Namun saya sedih dengan kata-kata yang dilemparkan mendakwa saya meminta sedekah. Saya tidak meminta sedekah dan tidak meraih simpati,” jelasnya tidak mampu menahan tangisan.

Wanita ini turut menjaga seorang cucunya, Erin, kanak-kanak istimewa. Kata Mak Jah, cucunya terkena sawan sewaktu berusia enam tahun dan sejak daripada itu, percakapan dan pemikirannya terbatas.

“Sewaktu berusia enam tahun cucu saya terkena sawan, sejak daripada itu dia sering bercakap dan ketawa seorang diri. Kadang kala bila kami berdua di rumah, saya selalu berborak dengannya. Jika wan tiada, macam mana dengan adik. Namun katanya, jika saya mati, dia pun akan mati bersama,” katanya lagi.

Selain itu, pelakon senior ini berkongsi aktiviti yang dilakukan setiap hari bagi melengkapkan hidup di penghujung usia sebagai umat Islam. Jelasnya, setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah atau pusat Rehat Dan Rawat (RnR), dia akan membawa balik telekung di surau, mencuci dan memulangkannya kembali.

Selalunya saya akan mengambil telekung yang kotor di pusat membeli belah atau RnR dan tinggalkan telekung yang bersih. Inilah amal jariah yang boleh dilakukan pada usia begini,” jelasnya yang menetap di PPR Laksamana Jalan Peel Kuala Lumpur sejak 2006.

Pelakon ini bagaimanapun disahkan bebas daripada kanser sejak April tahun lalu selepas tiga tahun menanggung derita.

Sumber : Youtube DS Aliff Syukri