“Adakah Perbuatan Bengah Posting Gambar Atau Video Cik Pia Tidak Wajar…,” – Bila Netizen Ada Yang Tegur Cik Pia Tidak Bertudung

Share

Instafamous, Bengah berkongsi ada pihak yang menegur dirinya berkaitan dengan penampilan adiknya, Cik Pia.

Kisahnya, individu tersebut meminta agar abangnya itu pebih peka lalu memohon agar menajga dan menutup aurat Cik Pia.

“Assalamualaikum maaf bang saya nak tegur, boleh tak bagi Cik Pia pakai tudung walaupun dia OKU n sudah confirm masuk syurga menjadi wajib untuk ahli keluarga suruh menutup aurat.

“Saya tegur sebab takut abang yang baik jaga adik dia disoal oleh ALLAH S.W.T. maaf kalau saya tegur menyinggung perasaan abang,” tulis individu tersebut.

Susulan itu, Bengah meminta pendapat netizen mengenai perkara itu.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua follower dan netizen.

“Bengah nak minta pendapat korang.. sejujurnya hati ini tidak tersinggung pon.

“Adakah perbuatan Bengah posting gambar atau video Cik Pia tidak wajar dan apakah Bengah harus berhenti mengupload kisah tentang adik istimewa Bengah ni? Bengah buntu ni.

“Mungkin kata kata yang di hantar kepada Bengah melalui DM ni menyedarkan Bengah..

“Esok Bengah start nak pakai songkok lah. HAHAHA! warghhhhh! gerammm aku! terima kasih yang menyedarkan Bengah betapa pentingnya aurat kepada kita yang berakal dan sihat normal boleh berfikir ni.

“Kalau la Cik Pia reti membaca abang dah bagi dia baca dah. tapi sayang…

“Setiap ciptaan Allah SWT jadikan ni semua ada keistimewaannya… baik tu dari Allah, yang buruk tu dari kita ni.

“Doa jela yang baik baik… yang baik semua dari Allah Maha Besar, yang buruk tu diri kita.

“Maka doa lah wahai umat. sekali lagi.. nyatakan pendapat peribadi korang kat komen.Yang Benar,#AbangYangPenyayang,” tulisnya.

Oleh itu, kelihatan ramai yang memberikan pandangan mereka.

Bagi MH, setiap orang ada pandangan masing-masing terhadap apa sahaja isu. Jadi mana yang baik kita ambil dan yang sebaliknya, kita jangan ikut. Tak gitu?

Foto/ Instagram: Bengah

Published by
Khaleeda Rashikin