
Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim bertindak memohon maaf seandainya foto yang dimuat naiknya menerusi akaun Instagram sehari lalu megundang rasa tidak selesa pengikutnya.
Jelas Sherry seperti yang dipetik Gempak, bahagian yang kelihatan seperti seluar dalam seperti yang disangkakan sesetengah netizen sebenarnya merupakan getah ‘tights’ yang dipakai pada bahagian dalam seluar yang dipakai.
“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.
“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.
“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya,” terang Sherry.
Meski mendapat reaksi pelbagai, bintang tersebut bagaimanapun tidak mahu memadam foto berkenaan kerana sayang.
“Saya tidak mahu memadam gambar itu, ia bukanlah keterlaluan, terasa sayang untuk memadamnya,” katanya ringkas ketika ditemui media pada tayangan Game of Thrones musim ke-8 (episod pertama) di TGV One Utama.
Terdahulu, foto sensasi itu telah pun mendapat lebih 8,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Foto: Instagram Sherry Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zamani Dibenarkan Keluar Hospital, Badan Dah Tak Bengkok Lagi

Isteri kepada penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan suaminya sudah dibenarkan keluar dari hospital pada petang Khamis.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Juliana juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan kesihatan vokalis kumpulan Slam itu.
“Alhamdulillah, Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini.
“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi pembedahan dan semua kakitangan hospital yang mengambil berat serta mendoakan Zamani,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Dalam entri tersebut, Juliana memuat naik video menunjukkan perkembangan terkini Zamani yang berjalan dalam keadaan badannya sudah kembali normal, tidak membengkok akibat penyakit masalah tulang belakang yang dialaminya sebelum ini.
Juliana turut sama menzahirkan penghargaan kepada Datuk Aznil Nawawi dan semua pihak yang membantu mendapatkan dana buat pembedahan Zamani.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Nil, semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.
“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Aznil menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang diusahakannya pada bulan Jun lalu.
Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 yang manna menyebabkan badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.
Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Contohnya, Jika 100k View Yang Menonton Drama Jam 7 Malam Ini Semuanya Wanita…,” – Azuan Mazlan Kongsi Pandangan

Bekas pelakon, Azuan Mazlan ada meluahkan pendapatnya mengenai senario waktu drama tempatan yang disiarkan di kaca televisyen.
Malah, Azuan turut membuat perbandingan ‘views’ di antara drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dan Kuliah Maghrib Riyadus Sholihin, sebagaimana yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurutnya, kebanyakannya kini lebih banyak meluangkan masa menonton drama hiburan berbanding program berbentuk ilmu keagamaan.
“Ummat Menderita… Hiburan lebih diminati berbanding ilmu akhirat.. kebiasaannya lelaki mukmin akan ikhtikaf di masjid waktu maghrib hingga isya’.
“Sebab apa? Sebab ganjaran yang besar oleh Allah swt sediakan, iaitu barang siapa yang tidak melakukan apa2 perbuatan di antara maghrib & isya’ melainkan dia membaca Al-Quran, solat sunat atau mendengar ilmu agama maka ganjaran untuknya adalah Allah swt akan membinakan 2 istana di akhirat yang setiap satu jaraknya selama setahun perjalanan.
“Hari ini kalau anda perasan perempuan Islam Kita kehanyakkannya mendedah aurat, berpakaian seksi menjolok mata & trend terkini ramai perempuan Islam sekarang bertattoo adalah berpunca daripada seorang lelaki, ayah, suami, abang lelaki atau adik lelaki yang tidak mempunyai kefahaman agama & suka berhibur maka kesannya? rosaklah para wanita2 mereka.
Dalam pada itu, Azuan berpendapat drama yang disiarkan pada waktu yang berkenaan mampu beri kesan negatif.
“Contohnya, jika 100ribu view yang menonton drama jam 7 malam ini semuanya Wanita, korang rasa mereka boleh jaga solat awal waktu? Kalau dapat jaga pun solat mereka lintang pukang cepat2 seperti ayam mematuk makanan kerana waktu iklan hanya 2 hingga 4 minit sahaja.
“Confirm dalam solat akan bermain2 adegan drama ketika berdiri atau sujud maka terlupalah akan kiraan rakaat.
“Untuk Artis yang berlakon pula bagi drama tu, korang rasa berapa banyak dosa mereka? kerana lakonan mereka membuatkan orang lambat solat, tidak khusyuk dalam solat & ada juga disebabkan drama ini juga orang meninggalkan solat? Lagi ramai yang menonton drama ini maka lagi banyaklah tanggungan dosa mereka.
“Kata Ulama’, berlakunya kerosakkan ummat adalah berpunca daripada seorang lelaki yang tidak jaga solat berjemaah di masjid, tidak menjaga amal, tidak menundukkan pandangan, kurang ilmu agama & ianya dapat dilihat sendiri melalui wanita2 mereka. Seorang Wanita yang jahil lebih teruk daripada seribu lelaki yang paling jahat, manakala seorang wanita yang beriman lebih baik daripada seribu lelaki yang terbaik imannya.
“Apa2 pun jangan cepat melenting kerana kita bermuzakarah.. patut bersyukur kerana selagi ada orang yg ada fikir risau sebegini maka Allah swt akan tangguhkan bala & azab yang sedang Allah swt ingin turunkan sebab dosa2 kita sendiri.,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on
Foto: Instagram Azuan Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Pernah Lari, Cukai Saya RM50,000 Setiap Bulan,” – Rozita Che Wan

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengakui tidak tahu menahu mengenai penyebaran notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam.
Jelas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana konsisten melakukan bayaran setiap bulan melalui agen yang dilantik.
“Tuduhan merepek, kalau betul mesti saya dapat dahulu notis tersebut. Saya tidak terkejut sebab saya tidak pernah lari daripada membayar cukai.
“Saya membuat pembayaran cukai menerusi agen hampir RM50,000 secara peribadi untuk sebulan.
“Apapun saya saya serahkan perkara ini kepada agen yang dilantik,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran produk kecantikkan Serum Cekang Jelita dibawah jenamanya by RCW di Glam Hall, Damansara Perdana pada Rabu.
Tambah Che Ta, dia mengakui sebelum ini dia pernah berdepan dengan masalah berkenaan cukai pada 2014 apabila ditahan di lapangan terbang KLIA sebelum berlepas London, England.
“Saya pernah berdepan isu cukai sampai di tahan di lapangan terbang, tetapi itu lama dahulu sekarang saya memang bayar cukai.
“Saya tidak mahu mahu layan benda ini kerana bukan masalah saya,” kata Che Ta.
Bercakap mengenai produk terbaharunya ini, Che Ta memaklumkan fokusnya adalah untuk membantu semua wanita tampil cantik dalam aspek penjagaan kulit wajah terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan.
“Saya menghasilkan serum Cekang Jelita bagi membantu wanita merawat kulit wajah selain mampu melembab, mencerah dan menegangkan kulit wajah mereka
“Kebanyakkan produk di pasaran memang fokus kepada kecantikkan tapi tak semua wanita mampu memilikinya. Saya nak semua wanita mampu menjadi cantik.
“Umum mengetahui produk saya memang mampu milik. Saya nak buang stigma ‘tak cantik sebab tiada duit’. Saya tak kejar margin untung yang tinggi tapi fokus saya pada kuantiti.
“Kami sasar untuk melancarkan lima produk sebelum Hari Raya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI