Berita

Adam Lee Patah Tulang Leher, Sweet Qismina Reda – “Things Happened For A Reason, Semuanya Rahsia Tuhan…”

Share

Malang tidak berbau, pelakon Adam Lee dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahagian leher yang apabila ia difahamkan patah.

Adam bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai kejadian sebenar yang berlaku dan perkara itu telah dikongsikan bintang filem Babah ini menerusi Instagram, pada Khamis.

Ingat Pesan Ibu

Mendoakan agar segera sembuh, Adam pada masa sama turut mendoakan agar tahun hadapan menjadi lebih baik selain akan terus seperti apa yang dipesan oleh ibunya.

“Tulang leher crack / patah pula, adoi. Tak apa, semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini.

“Get well soon dear self. Ingat pesan ibu, kau kuat Dam and kau kena kuat. Alhamdulillah untuk semua ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Hantaran berkenaan pantas memancing perhatian ramai dan rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa semoga urusan suami kepada pelakon Sweet Qismina itu dipermudahkan.

Malah Sweet reda dengan apa yang berlaku pasti akan ada hikmatnya.

“Things happend for a reason, semuanya rahsia Tuhan, kan? My husband is very strong,” tulisnya menerusi Insta Stories.

Doa Agar Cepat Sembuh

Dalam pada itu, Adam menjelaskan kecederaan yang dialami bukan lakonan.

“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh ya (Ini bukan lakonan, ini kejadian sebenar),” terangnya.

Sehingga kini, hantaran yang dikongsikan aktor berusia 30 tahun itu sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka dan disusuli dengan ratusan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH