Beberapa hari lalu, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza ada memuatnaik sebuah video lakonannya bersama pelakon Sharifah Sakinah yang dikatakan ‘bikin panas’. Eh betul ke ni?
Video yang berdurasi beberapa minit tersebut menunjukkan satu babak drama mereka berdua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Dilihat, Aiman telah memeluk Sakinah dari belakang dan menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.
‘Kemesraan’ yang dipamerkan mereka berdua nampak mendapat kecaman daripada netizen yang melihatnya. Ada juga berkata tidak sesuai untuk tontonan anak-anak dibawah umur.
Dalam masa sama, ada juga yang mengkritik Sakinah sebagai seorang isteri tidak patut lakukan perkara seperti itu. Rata-rata bertanya adakah suami Sakinah tidak cemburu melihatnya?
Dalam masa yang sama, di ruangan kapsyen Aiman juga terlihat dia telah menulis suami Sakinah, Aliff Adha telah membenarkan Aiman berlakon dengan isterinya.
“Ape itu chemistry ? Chemistry itu apabila husband @sharifah_sakinah approve sape hero dia ? @alpjml ada dua orang je. Dan aku salah sorang yang bertuah. Cuba teka sape lagi sorang tu ? Sape tau dia hebat.” tulisnya dilaman tersebut.
Malah, Aliff Adha turut meninggalkan komen diruangan komen video tersebut. Sporting betul suami Sakinah, yelah isteri sebagai pelakon haruslah profesional kan.
Perkongsian Aiman itu telah menerima lebih daripada 101,958 tontonan. Bagaimana, ada juga yang memuji ‘chemistry’ antara kedua pelakon berkenaan.
Jom #MHBelanjaVideo ‘chemistry’ mereka berdua.